Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN RINGKAS JENAYAH TAHUNAN 2020

Jenayah tipu kekal tinggi, naik 65.1% tahun lalu

Feb 10, 2021 | 05:30 AM



JENAYAH penipuan kekal tinggi dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 65.1 peratus tahun lalu. Lebih $201 juta daripada mangsa jenayah itu telah ditipu.



Sehubungan itu, ia menjadi faktor utama dalam peningkatan jumlah kes jenayah secara keseluruhan di Singapura pada 2020.



Perangkaan jenayah yang dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF) semalam mendedahkan kes penipuan sahaja melibatkan sebanyak 15,756 kes pada 2020 berbanding 9,545 kes dua tahun lalu.



Secara keseluruhan, kadar jenayah di sini naik 6.5 peratus pada 2020 dengan menyaksikan sebanyak 37,409 kes berbanding 35,115 kes pada 2019.



Tanpa mengira kes penipuan, jelas polis, jumlah jenayah yang dilaporkan pada 2020 turun sebanyak 15.3 peratus daripada 25,570 kes pada 2019 berbanding 21,653 kes pada tahun lalu.



Polis berkata jumlah jenayah fizikal yang dilaporkan secara keseluruhan telah berkurangan dan Singapura menyaksikan tempoh sepanjang 201 hari bebas daripada tiga jenis jenayah iaitu merompak, mencuri dan pecah rumah.



Malah terdapat dua jenis jenayah yang juga mecatatkan rekod paling rendah sejak 36 tahun lalu.



Jenis jenayah tersebut ialah kes pecah rumah dan jenayah berkatian yang jatuh 24.9 peratus serta kes mencuri dan jenayah berkaitan yang turun 33.1 peratus daripada sebanyak 11,128 kes pada 2019 kepada 7,448 kes pada 2020.



Jenayah berhubung pinjaman wang tanpa lesen dan cabul kehormatan turut turun tahun lalu.



Polis mengkaitkan kemerosotan kes berkenaan dengan pergerakan yang lebih kurang oleh orang awam semasa pelaksanaan tempoh pemutus rantaian jangkitan antara April dengan Jun tahun lalu.



Jenayah berkatian pinjaman wang secara haram turun sebanyak 36.7 peratus manakala jumlah kes cabul kehormatan turun 17.8 peratus.



Meskipun demikian, jenayah penipuan tetap menjadi keprihatinan.



Antara jenis kes penipuan yang menjadi keprihatinan utama ialah penipuan di wadah perdagangan elektronik atau e-dagang.



Ia merupakan jenis penipuan yang paling sering dilaporkan dengan menyaksikan sebanyak 3,354 kes pada 2020 - naik 19.1 peratus berbanding 2019.



Polis berkata peningkatan ini disebabkan lebih ramai warga Singapura yang melibatkan diri dalam urus niaga dalam talian ekoran wabak koronavirus semasa.



Menyusuli usaha polis dalam mengekang penipuan, Timbalan Penolong Pesurujaya (DAC) Aileen Yap, penolong pengarah Divisyen Jenayah Komersial Khusus di Jabatan Ehwal Komersial (CAD), berkata:



"Polis dengan aktif mengesan (identiti pengguna) nama samaran dalam talian, pautan URL dan iklan (dicurigai) daripada laporan polis dan memberikan (maklumat itu) kepada pengendali kemudahan perdagangan dalam talian.



"Ini untuk mengekang operasi mereka (penipu) dan menghentikan mereka daripada melakukan penipuan," tekannya.



Antara pendekatan lain, Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) telah melancarkan sebuah aplikasi bernama ScamShield November lalu untuk menapis keluar SMS dan panggilan daripada penipu.



Isnin lalu, polis juga telah menyampaikan Anugerah Perkongsian Masyarakat (Community Partnership Award) kepada syarikat Lazada yang telah memperluas usaha mereka dalam mencegah penipuan.



Menurut polis, pengendali wadah e-dagang itu berjaya mengurangkan jumlah laporan penipuan yang membabitkan kaedah itu kepada 32 kes separuh kedua tahun lalu berbanding 180 kes separuh pertama 2020.



Namun, pengarah CAD, Encik David Chew, pula berkata sedang pihak berkuasa meraih banyak pencapaian dalam menghambat operasi penipu, bilangan kes penipuan terus meningkat.



Pengerusi NCPC, Encik Gerald Singham, menekankan semalam bahawa peranan individu serta keprihatinan masyarakat tetap menjadi pencegah utama dalam menghambat operasi penipuan.



"Tiada vaksin bagi jenayah penipuan dan sejujurnya, pencegah utama dalam mengekang penipuan adalah sikap waspada yang ada dalam diri bakal mangsa; anda perlu mempuyai tanggungjawab terhadap diri sendiri," tekannya lagi.




PERANGKAAN KES JENAYAH 2020



  • Jumlah jenayah keseluruhan naik 6.5 peratus

    - 2010: 35,115 kes

    - 2020: 37,409 kes

  • Jumlah kes penipuan naik 65.1 peratus

    - 2019: 9,545 kes

    - 2020: 15,756 kes

  • Jumlah jenayah tanpa penipuan turun 15.3 peratus

    - 2019: 25,570 kes

    - 2020: 21,653 kes

4 JENIS PENIPUAN YANG MENJADI KEPRIHATINAN



  • E-Dagang: 3,354 kes

    - Naik 538 kes

    - Jumlah wang ditipu: $6.9 juta

  • Penyamaran Media Sosial: 3,010 kes

    - Naik 2,224 kes

    - Jumlah wang ditipu: $5.5 juta

  • Penipuan pinjaman: 1,990 kes

    - Naik: 240 kes

    - Jumlah wang ditipu: $14.5 juta

  • Penipuan pancing data berkaitan perbankan: 1,342 kes

    - Naik 1,262 kes

    - Jumlah wang ditipu: $5.8 juta

JENAYAH LAIN



  • Pecah Rumah:

    - Turun 24.9 peratus

  • Mencuri dan jenayah berkaitan:

    - Turun 33.1 peratus

  • Peras ugut siber:

    - Naik 260.3 peratus

    - Jumlah wang diperas: $793,000




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >