MASJID Ba'alwie di Lewis Road penuh sesak pagi tadi dengan orang ramai yang melakukan solat jenazah bagi Allahyarham Cikgu Mohamed Naim Daipi.
Solat tadi bermula sekitar 10.30 pagi dan dipimpin oleh Mufti Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram..
Antara yang membarisi saf ialah adik Allahyarham, Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi, mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Encik Yatiman Yusof dan usahawan Encik Suhaimi Salleh.
Tokoh bahasa itu meninggal dunia awal pagi semalam di Hospital Ripas di Brunei pada usia 64 tahun.
Jenazahnya diterbang pulang menaiki penerbangan Royal Brunei dan tiba di Singapura sekitar 8.35 malam semalam.
Ia kemudian dibawa pulang ke kediamannya di Tampines Street 71.
Di Brunei, Allahyarham telah disolatkan di Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah.
Jenazah Allahyarham kini dalam perjalanan ke tanah perkuburan