Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenazah mangsa bunuh dihantar pulang ke Pakistan

Jun 19, 2014 | 04:40 PM



PESURUHJAYA Tinggi Pakistan di Singapura telah menuntut jenazah Allahyarham Muhammad Noor, 59 tahun, yang mayatnya ditemui tanpa kaki dalam sebuah beg berlumuran darah minggu lalu.


Jenazah arwah Muhammad, seorang warga Pakistan, telah diterbangkan ke kampungnya di Lahore, Pakistan, tengah hari tadi.


Dua warga Pakistan - Rasheed Muhammad, 43 tahun, dan Ramzan Rizwan, 25 tahun, telah diberkas dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh.


Kedua-dua mereka dituduh membunuh Encik Muhammad antara tengahmalam pada 10 Jun dan 6.04 petang pada 11 Jun di sebuah bilik di alamat 6B Rowell Road, di mana ketiga-tiga mereka menginap sejak berada di Singapura.


Mereka berada di negara ini sejak pertengahan Mei lalu untuk menjual tisu.


Beg berlumuran darah telah ditemui dekat kawasan itu dan kedua-dua tertuduh diberkas pada 12 Jun di rumah kedai di Rowell Road.


Dua pegawai polis dan dua kakitangan Pesuruhjaya Tinggi hadir di Hospital Besar Singapura.


Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Encik Athar Salman, ditukil akhbar The Straits Times bahawa ahli keluarga mangsa dan kedua-dua tertuduh kini berhubungan dengan pihak berkuasa negara itu dan keluarga Encik Muhammad akan menuntut jenazah mangsa hari ini di Lahore.


Menurutnya lagi, Pesuruhjaya Tinggi akan membantu menyediakan bantuan guaman untuk kedua-dua tertuduh sekiranya diperlukan.


Kes mereka dijangka didengar lagi di mahkamah esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >