Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenazah pegawai SAF yang meninggal dunia di Brunei dalam perjalanan pulang ke Singapura

Oct 10, 2018 | 12:38 PM



JENAZAH pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pegawai Waran Ketiga (3WO) Muhammad Sadikin Hasban, yang meninggal dunia selepas dihempap dahan pokok di Brunei semalam dijangka tiba di Singapura tengah hari ini (10 Oktober).



Demikian menurut adik Allahyarham, Cik Siti Zuhrah Hasban, 30 tahun.



Tambahnya, isteri Allahyarham, Cik Norsidah Kamilan, serta kakak sulung arwah turut mengiringi jenazah pulang ke tanah air dari Brunei.



Selepas itu, jenazah akan dibawa ke rumah ibu bapa Allahyarham di Teck Whye sebelum dibawa ke Pusara Aman untuk dikebumikan.



Pagi tadi, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, serta Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang kedua-duanya Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, juga telah melawat rumah ibu bapa Allahyarham.



Mereka antara lain bertemu dengan ibu bapa Allahyarham, Encik Hasban Matman, 61 tahun, dan Cik Naisah Sepon, 56 tahun, serta memberi mereka kata-kata semangat.



Allahyarham merupakan anak kedua daripada keluarga tiga beradik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >