Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenazah Ustaz Jalaluddin selamat dikebumikan di Makkah

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



ALLAHYARHAM Ustaz Jalaluddin Hassan telah selamat dikebumikan di perkuburan Al Ma'la di tanah suci Makkah selepas solat asar kelmarin.



Pengebumian Allahyarham telah disaksikan oleh rombongan jemaah umrah dari Singapura yang dipimpin Allahyarham.



Allahyarham, 48 tahun, adalah pengarah urusan Jalaluddin Travel & Services serta naib presiden Persatuan Ejen Pelancongan Muslim Singapura (Amtas), dan berada di Makkah kerana memimpin rombongan umrah.



Beliau meninggal dunia kelmarin selepas mengadu sakit di belakangnya dan dikejarkan ke Hospital Al-Bait. Namun, hospital itu tutup and beliau rebah.



Menurut pengurus operasi umrah dan haji, Jalaluddin Travel & Services, Ustaz Abdul Rahim Ramlee, yang juga anak saudara kepada Allahyarham, pengebumian telah dilaksanakan dengan lancar.



"Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan permit untuk menguruskan jenazah dan mengebumikan Allahyarham di perkuburan Al Ma'la, Makkah", katanya.



Ustaz Abdul Rahim juga menyatakan bahawa 48 jemaah di dalam rombongan mereka masih mempunyai pegawai dan ustaz untuk membimbing mereka.



Rombongan itu akan terus menunaikan program umrah seperti yang dirancang.



"Walaupun kita semua berasa amat sedih berhadapan dengan keadaan yang tidak dijangka dengan pemergian Allahyarham, kami akan tabah untuk teruskan program umrah untuk para jemaah kami.



"Alhamdulillah, semuanya masih berjalan dengan lancar. Insya-Allah, rombongan kami akan pulang ke Singapura pada Sabtu ini pada 3 petang," sambungnya.



Di Singapura pula, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan Masjid Kassim telah mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Ustaz Jalaluddin selepas solat zuhur semalam.



Solat jenazah ghaib itu didirikan di dewan utama solat Masjid Kassim.



Menurut pegawai eksekutif komunikasi pemasaran, Pergas, Ustaz Ahmad Sofiy Mohamed Rafii, seramai 150 jemaah hadir untuk menunaikan solat jenazah buat Allahyarham.



Pergas turut berkongsi video belasungkawa di Facebook tentang latar belakang hidup Allahyarham.



Penghormatan buat Allahyarham terus mencurah selepas berita tentang pemergiannya tersebar.



Di antaranya, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, juga memberikan penghormatan buat Allahyarham.



"Perginya seorang teman dan rakan seperjuangan, Ustaz Jalaluddin Hassan, yang tidak lokek mengukir senyuman, tidak jemu memberi saranan dan teguran, dan tidak penat membuat sumbangan dan pengorbanan," katanya dalam pos Instagram.



Dalam satu lagi pos Instagram, mantan Mufti, Ustaz Mohamed Fatris Bakaram, turut melahirkan kesedihannya di atas pemergian Allahyarham.



"Semoga setiap bekas tapak yang engkau tinggalkan menjadi titian yang membawamu ke syurga, sahabat.



"Terusik hati ini dengan keberangkatanmu yang mendadak sekali, sepertimana terusik hati ini mencemburui haruman tanah tempat engkau dijemput kembali,"ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >