Jerebu, bau terbakar jika kebakaran di Johor berterusan; titik panas kedua dikesan: NEA, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:44
Syuruk
7:02
Zuhur
1:07
Asar
4:19
Maghrib
7:10
Isyak
8:20
Setempat0

Jerebu, bau terbakar jika kebakaran di Johor berterusan; titik panas kedua dikesan: NEA

Feb 27, 2019 | 06:18 PM

SATU kebakaran di selatan Johor, mungkin menjadi punca bau terbakar yang dilaporkan warga Singapura awal minggu ini, telah dipadamkan, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (27 Feb).

Namun, titik panas kedua dikesan di Johor, sekitar 50 kilometer ke arah timur dan timur laut Singapura semalam.

Asap dari titik panas itu ditiup ke arah barat daya oleh angin utara-timur, kata NEA.

Dalam kenyataannya, NEA berkata ia menerima maklum balas tentang bau terbakar di beberapa bahagian Singapura semalam.

Jerebu dan bau terbakar boleh dijangka jika kebakaran di Johor berterusan, tambahnya.

Berita Popular

Isnin lalu, NEA berkata ada satu titik panas di selatan Johor, 30 kilometer timur Singapura, mungkin menyebabkan bau terbakar yang dilaporkan antara Ahad malam dengan Isnin pagi.

Jabatan Alam Sekitar (Johor) telah memaklumkan kepada NEA bahawa terdapat kebakaran di Punggai, berhampiran Bandar Penawar, di sekitar sebuah ladang kelapa sawit, disebabkan cuaca panas di beberapa bahagian Johor.

Pegawai bomba dari Bandar Penawar berjaya memadamkannya selepas beberapa hari, dengan bantuan hujan semalam, kata NEA.

Bagaimanapun, sekitar 20 peratus kawasan sekitarnya masih berasap.

NEA berkata bulan Februari biasanya adalah bulan kering bagi di sekitar rantau, dan tempoh cuaca kering yang berlanjutan boleh membawa kepada kebakaran.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map