Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jerebu kembali buruk pagi Selasa

Oct 13, 2015 | 12:41 PM



JEREBU menjadi buruk semula pada pagi Selasa (13 Okt) dengan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam memasuki julat tidak sihat sepenuhnya.


Bacaan PSI pada paras tinggi julat sederhana (51-100) dan paras rendah julat tidak sihat (101-200) pada sebahagian besar Isnin, sebelum keadaan bertambah buruk dengan cepat.


Pada 11 pagi, PSI 24 jam pada paras antara 112 dan 133. PSI tiga jam, yang tidak dikaitkan dengan nasihat kesihatan, pula pada paras 155.


Menurut pengemaskinian Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin malam, penglihatan mungkin berkurangan pada pagi Selasa kerana tahap kepekatan PM2.5 tinggi.


Jerebu sederhana hingga tebal masih berterusan di beberapa kawasan di selatan dan tengah Sumatera, tambah NEA.


Maklumat terkini jerebu boleh didapatkan di laman www.nea.gov.sg; laman mikro jerebu www.haze.gov.sg; atau dengan mengikuti Facebook NEA (www.facebook.com/NEASingapore) atau Twitter NEA (@NEAsg), atau memuat turun aplikasi myENV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >