Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jerebu: Pengguna, perniagaan digesa lagi pulau produk tanpa label hijau

Sep 01, 2016 | 08:13 AM



SEDANG jerebu melanda lagi, pengguna digesa jangan menyokong sembarang syarikat yang produknya dibuat menggunakan kaedah pemugaran tanah tidak bertanggungjawab yang mungkin menyebabkan kebakaran hutan.



Dan dengan lebih banyak produk kini disahkan mesra alam di bawah Skim Label Hijau Singapura (SGLS), pengguna mempunyai pilihan hijau lebih pelbagai.



"Sejak episod jerebu tahun lepas, kami telah melihat peningkatan sebanyak 90 syarikat baru yang menyertai SGLS dengan 10 peratus lebih banyak produk dalam kategori kertas, pulpa dan kayu," kata Encik Chong Khai Sin, jurutera sekitaran utama dan ketua pensijilan eko di Majlis Sekitaran Singapura (SEC).



Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa (30 Ogos), SEC dan Persatuan Pengguna Singapura (Case) mengulangi gesaan mereka agar pengguna, baik individu mahupun perniagaan, membeli produk yang dihasilkan secara lestari.



"Kami kecewa kerana masalah jerebu telah kembali lagi tahun ini," kata kenyataan itu. "Jerebu mencerminkan permintaan semakin meningkat bagi kertas dan produk minyak sawit."



Dalam nasihat jerebu hariannya pada Rabu (31 Ogos), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata mutu udara dalam julat Baik hingga Sederhana tetapi "keadaan berjerebu sedikit" boleh dijangka pada hujung minggu jika kebakaran muncul di Sumatera dan keadaan merosot.



SEC dan Case menggesa perniagaan supaya memulaukan produk yang dihasilkan melalui kaedah tebang dan bakar, dan pengguna supaya membeli hanya kertas dan produk minyak sawit daripada sumber mampan.



Barangan pengguna dalam "senarai putih" membawa Label Hijau.



Secara keseluruhan, Skim Label Hijau mewakili lebih 3,000 produk daripada 500 syarikat. Ini termasuk produk kertas daripada jenama terkenal, seperti kertas tandas Scott, kertas tisu FairPrice, dan kertas percetakan daripada Paperone.



Terdapat juga produk daripada syarikat tempatan yang lebih kecil, seperti tandas roll Gooodlife daripada Tipex dan kertas tisu Prefer daripada Scanpap (Asia Pasifik).



Senarai penuh boleh didapati di laman web Label Hijau.



Pada April, SEC mengumumkan satu kategori baru, 'SGLS Plus', yang memberi tumpuan pada pengeluar dan pengusaha kilang pulpa dan kertas. Kategori ini akan melihat aspek tambahan seperti amalan mengurangkan dan mengurus kebakaran, pengurusan tanah gambut, komitmen pada pembakaran sifar, dan pengawasan tapak sesebuah syarikat.



Maklumat lanjut mengenai SGLS Plus akan diumum kelak, kata SEC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >