Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jerebu tidak hambat 1,000 peserta ikrar 'hijrah', amal gaya hidup sihat

Sep 15, 2019 | 05:30 AM



CUACA berjerebu pagi semalam tidak menghambat lebih 1,000 orang yang berikrar akan 'berhijrah' daripada tabiat negatif kepada yang positif.



Kegiatan Perjalanan Hijrah (Hijrah Walk), yang merupakan sebahagian acara Pesta Hijrah anjuran Masjid An-Nur di Woodlands itu mahu mengalak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.



Sesuai dengan semangat Awal Muharam, acara ini bertujuan mencontohi peribadi dan pengorbanan Nabi Muhammad saw yang teguh mengharungi segala rintangan demi agama dan kemanusiaan, semasa berhijrah dari Makkah ke Madinah.



Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, turut hadir memulakan kegiatan senaman itu.



Dalam ucapannya di Stadium Woodlands, beliau berkata:



"Sesuai dengan perjuangan Rasullah saw yang memperkuatkan akidah, semangat hijrah juga menggalak kita memperbaiki dan meningkatkan ekonomi dan kemajuan dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta mengatur strategi untuk kesihatan dan juga kesejahteraan kita.



"Hijrah bererti berpindah maka kita umat Islam hendaklah berpindah dengan mengubah sikap yang kurang baik dan tidak menguntungkan kepada sikap yang lebih berfaedah. Ini kita lakukan walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran."



Selain itu, terdapat kegiatan lain seperti ceremah motivasi dan kesihatan dan acara sukan seperti tag memanah dan bola sepak 'bubble' juga disediakan.



"Kita hanya boleh mencapai cita-cita memacu masyarakat berjaya jika kita mempunyai rakyat yang sihat dan bertenaga.



"Justeru, kita harus mengorak langkah tegas dengan meletakkan kesihatan kita dengan amalan gaya hidup sihat," tambah Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >