Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jermaine Pennant akan bermain bagi Tampines di bawah kontrak setahun

Jan 14, 2016 | 11:58 AM



JERMAINE Pennant, bekas pemain sayap Arsenal dan Liverpool, akan berakasi dalam Liga-S musim ini setelah mencapai persetujuan dengan Tampines Rovers.


Pemain berusia 33 tahun itu menjalani ujian dengan kelab tersebut sejak tiba pada Khamis lalu (7 Jan).


Menurut akhbar dalam talian The Straits Times pada Khamis (14 Jan), difahamkan Pennant akan dibayar kira-kira $40,000 sebulan di bawah kontrak satu tahun, dengan pilihan untuk memperbaharuinya.


Beliau dijangka menandatangani kontrak menjelang akhir hari ini.


Ini akan menjadikan bekas pemain bawah 21 tahun England itu pemain bergaji paling tinggi dalam sejarah 20 tahun Liga-S.


Sebelum ini pemain Jepun, Kazuyuki Toda, menjadi pemain yang dibayar paling tinggi, $20,000 sebulan, apabila beliau bermain bagi Warriors pada 2013.


Ditanya mengenai perjanjian itu, pengerusi Tampines, Krishna Ramachandra, berkata: "Kami telah bersetuju dengan syarat-syarat Jermaine dan saya benar-benar gembira mengenainya.


"Ia hari besar bagi bola sepak Singapura dan saya berterima kasih bagi curahan sokongan daripada Komoco-Hyundai, Red Card Group, Persatuan Bola Sepak Singapura dan peminat. Saya pasti boleh mengatakan bahawa ia satu usaha kolektif oleh semua orang untuk membuat persetujuan ini menjadi kenyataan.


"Saya secara peribadi teruja mengenai musim Liga-S akan datang dan saya berharap peminat datang untuk menyokong semua kelab Liga-S. Bukan Tampines Rovers atau Pennant sahaja. Tanpa kelab lain, tidak ada apa-apa untuk kita bermain. Oleh itu, saya benar-benar berharap semua peminat bola sepak bersatu menyokong Liga-S dan menjadi mangkin yang diperlukan."


Pennant bemain dalam separuh kedua perlawanan persahabatan Tampines menentang Hougang United Sabtu lalu di hadapan kira-kira 2,000 penonton di Stadium Jalan Besar.


Pemain pantas itu diletak di sayap kiri, tetapi kemudian melampiaskan malapetaka ke atas Hougang di tengah dengan kecekapan menggelecek dan mengawal bola, kepantasan dan ketajaman matanya melihat peluang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >