BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Jewel Changi Airport dibuka 17 April
Satu previu awam akan dianjurkan dari 11 April hingga 16 April untuk warga Singapura
Mar 08, 2019 | 05:30 AM
JEWEL Changi Airport yang dinanti-nantikan ramai akan dibuka pada 17 April, dedah Menteri Negara Pengangkutan, Dr Lam Pin Min.
Apabila dibuka nanti, pelancong boleh memanfaatkan kawasan daftar masuk awal yang memberi khidmat kepada 26 syarikat penerbangan termasuk Singapore Airlines, SilkAir dan Scoot.