BADMINTON KEJOHANAN DUNIA BWF
Jia Min catat sejarah masuk suku akhir selepas kalahkan pemain Vietnam
Aug 23, 2019 | 05:30 AM
PEMAIN badminton negara Yeo Jia Min mencatat sejarah apabila beliau berjaya memasuki peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF, selepas menewaskan pemain Vietnam Vu Thi Trang 21-15, 14-21, 21-16 semalam selepas berjuang selama 72 minit.
Ia merupakan keputusan terbaik pernah dicapai Singapura dalam perseorangan wanita setakat ini, lapor The Straits Times.