PESAKIT Covid-19 yang pilih untuk tidak divaksinasi dan perlu dirawat dalam unit jagaan rapi (ICU) mungkin perlu membayar bil sekitar $25,000 sebelum subsidi.
Dengan subsidi dan insurans, jumlah yang perlu dibayar semestinya lebih rendah, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Bil $25,000 adalah bagi mereka yang memerlukan rawatan ICU dan terapi Covid-19, tambah MOH.
"Subsidi pemerintah dan perlindungan MediShield Hayat boleh mengurangkan bil kepada kira-kira $2,000 hingga $4,000 bagi warga Singapura yang layak di wad bersubsidi," kata jurucakap kementerian itu.
Pesakit Covid-19 boleh menggunakan baki MediSave untuk membayar jumlah tertunggak.
Pihak berkuasa mengumumkan baru-baru ini bahawa bermula 8 Disember, mereka yang tidak divaksinasi perlu membayar sendiri bil perubatan mereka jika dijangkiti Covid-19.
Ini termasuk individu yang boleh divaksinasi tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian, dan mereka membentuk kumpulan besar pesakit Covid-19 yang perlu dirawat di ICU. - The Straits Times