Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KHIDMAT KERETA API WOODLANDS–JB BEROPERASI SEMULA

Jimat masa, tidak perlu tempuh kesesakan ke seberang tambak

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



APABILA pintu gerbang khidmat Keretapi Tanah Melayu (KTM) - Woodlands-Johor Bahru dibuka 30 minit sebelum keberangkatan, ramai penumpang telah beratur panjang menunggu giliran utuk masuk ke dalam pusat pemeriksaan.



Antara mereka adalah pegawai IT sokongan, Encik Abdul Aziz Ahmad, 55 tahun yang gembira dapat menggunakan khidmat kereta api itu untuk ke Malaysia.



Warga Singapura itu telah menempah tiket seawal Selasa lalu apabila mendapat tahu khidmat kereta api bakal dibuka semula.



"Saya membuat tempahan tiket menerusi laman web KTM dan ia sangat mudah dan cepat. Mujur dapat peluang untuk menaiki kereta api pada slot pertama pagi ini," katanya yang ingin ke Melaka untuk berjumpa dengan keluarganya itu.



Bagi Encik Rosli Yatiman pula, penyambungan semula khidmat kereta api ini akan dapat memberi lebih banyak pilihan bagi pengunjung untuk berangkat di sempadan itu.



"Sejak sempadan dibuka, kami yang tidak mempunyai kenderaan sendiri hanya mampu untuk menaiki bas atau berjalan kaki untuk masuk ke Johor Bahru (JB).



"Dengan adanya kereta api ini, mungkin kesesakan di pusat pemeriksaan akan berkurangan kerana ada lebih banyak pilihan buat kami," ujar pekerja sosial, 43 tahun itu yang ingin meriadah di Johor Bahru bersama isteri dan 2 orang anaknya.



Mengelakkan kesesakan jugalah menjadi tujuan utama Cik Lin Rosman, 45 tahun memilih untuk mengambil khidmat kereta api ini berbanding menaiki bas.



"Ia lebih selesa (menaiki kereta api) kerana ia tidak sesesak menaiki bas, terutama di hujung minggu ini dimana ramai akan masuk ke JB. Oleh itu, saya gembira khidmat ini dikembalikan semula," katanya yang ingin bercuti di Malaysia bersama suaminya.



Tinjaun Berita harian (BH) juga mendapati bahawa tiket bagi tiga perjalanan pertama pada pagi semalam (jam 8.30 pagi; 9.45 pagi dan 11 pagi) habis dijual menerusi dalam talian.



Ada beberapa pengunjung mencuba nasib untuk mendapatkan tiket di kaunter tiket namun mereka diberitahu bahawa hanya tiket jam 12.30 tengah hari sahaja yang boleh dijual.



Seorang kakitangan KTM, yang meminta namana tidak disiarkan tiga perjalanan sebelah pagi dipenuhi penumpang dan membawa 240 penumpang pada setiap perjalanan.



Ini berbeza dari sebelum pandemik Covid-19 di mana kereta api itu boleh memuatkan seramai 320 penumpang.



"Kami membuka pintu gerbang 30 minit sebelum keberangkatan dan akan tutup 10 minit sebelum kereta api bergerak. Oleh itu, mereka yang terlambat perlu membeli tiket baru untuk menaiki kereta api yang lain," ujar kakitangan KTM itu.



Tiket untuk slot masa popular sekitar hujung minggu, seperti petang Jumaat, pagi Sabtu dan petang Ahad, telah habis dijual di laman web KTM.



KTM menyediakan jumlah 31 perjalanan setiap hari, 18 perjalanan dari JB ke Singapura dan 13 perjalanan dari Singapura ke JB pada kekerapan 90 minit.



Tiket berharga $5 untuk perjalanan dari Woodlands ke JB dan RM5 (S$1.60) untuk JB ke Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >