Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jiran anda keras kepala? Heretnya ke tribunal baru

Oct 01, 2015 | 10:21 AM



Jiran berlebihan bising atau sukar untuk hidup bersamanya disebabkan perkara lain kini boleh diheret ke mahkamah jika pengantaraan gagal menyelesaikan isu.


Tribunal Penyelesaian Pertikaian Masyarakat (CDRT) bermula hari ini, dan ia akan membolehkan hakim memerintahkan seseorang pesalah membayar ganti rugi sehingga $20,000, atau meminta maaf kepada jiranya, umpamanya.


Tribunal itu akan menerima kes pesalah keras kepala yang mengganggu keseronokan jiran menikmati rumah mereka melalui kebisingan, bau, asap, cahaya atau getaran, atau perbuatan membuang sampah sembarangan berlebihan.


Kos di tribunal baru itu lebih rendah daripada di mahkamah lain agar lebih ramai orang mempunyai akses kepadanya.


Kos memfailkan permohonan di CDRT ialah $150, berbanding $190 di Mahkamah Daerah. Jumlah kos penuh CDRT dianggar $200, berbanding $510 di Mahkamah Daerah.


Kos juga lebih rendah kerana ia tidak melibatkan peguam dan semua prosiding dipimpin oleh hakim.


Sebelum ini, orang ramai boleh pergi Pusat Pengantaraan Masyarakat (CMC) jika mereka tidak dapat menyelesaikan pertikaian baik secara sendiri mahupun dengan bantuan pemimpin akar umbi.


Bagaimanapun, CMC tidak boleh mengeluarkan perintah undang-undang.


CDRT boleh mengeluarkan arahan khas kepada pihak bersalah supaya mematuhi perintah mahkamah. Mereka yang melanggar arahan boleh didenda sehingga $5,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan bagi kesalahan pertama.


Ia juga boleh mengarahkan jiran menghadiri pengantaraan wajib.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >