Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

J'kuasa Menteri ditubuhkan kerana rumah ada "nilai warisan dan sejarah"

Jul 03, 2017 | 02:33 PM



JAWATANKUASA Menteri bagi menentukan nasib rumah 38 Oxley Road ditubuhkan kerana terdapat kepentingan awam terutamanya nilai warisan dan sejarah bagi rumah yang diduduki mantan perdana menteri, mendiang Encik Lee Kuan Yew, demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, dalam Kenyataan Menteri di parlimen hari ini.



"Mengapa kami menubuhkan Jawatankuasa ini? Terdapat elemen kepentingan awam yang ketara apabila mempertimbangkan pilihan rumah mantan Perdana Menteri Encik Lee Kuan Yew di No 38 Oxley Road.



"Pada masa yang sama pemerintah juga menyatakan bahawa ia akan memberi perhatian untuk menghormati kehendak Encik Lee untuk rumahnya itu.



"Pertimbangan-pertimbangan ini adalah tambahan kepada proses yang perlu diambil terhadap semua bangunan dan struktur yang mempunyai nilai warisan dan sejarah," ujarnya.



Dalam kenyataan itu juga, Encik Teo juga akur sememangnya terdapat salah faham bahawa pemerintah baru membuat keputusan berhubung kedudukan rumah yang dipersoalkan itu, sekarang.



Menjelaskannya, Encik Teo berkata Jawatankuasa Menteri tidak membuat keputusan. Ia hanya menyediakan pelan pelbagai pilihan dan implikasinya supaya pemerintah masa depan boleh membuat rujukan dan membuat keputusan serta maklum mengenainya apabila tiba masa untuk memutuskan perkara itu.



Menurut Encik Teo, peranan jawatankuasa itu meliputi tiga perkara, yakni:



nilai sejarah dan warisan hartanah tersebut



kehendak Encik Lee Kuan Yew berhubung hartanah tersebut; dan,



rancangan-rancangan yang boleh dilaksanakan untuk hartanah itu dan di kejiranan itu, dan pilihan selanjutnya untuk bergerak ke depan.



"Jawatankuasa Menteri telah menjelaskan kepada Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling bahawa Jawatankuasa Menteri atau Kabinet tidak akan membuat apa-apa keputusan.



"Tidak ada keputusan yang diperlukan selagi Dr Lee terus tinggal di rumah tersebut.



Inilah yang Encik Lee mahu dan menyatakan dalam kehendaknya.



"Mungkin 20 atau 23 tahun kemudian keputusan perlu dibuat. Namun, jika Dr Lee memilih untuk meninggalkannya lebih awal, katakan dalam beberapa bulan, maka Kabinet perlu membuat keputusan dan adalah berguna untuk mengkaji pilihan yang berbeza," jelas beliau.



Menurut Encik Teo, sebahagian daripada menteri dalam Kabinet, termasuk dirinya, merasakan bahawa adalah berguna sekiranya pemerintah pada masa depan mengetahui pilihan yang ada bagi rumah tersebut.



"Berikutan pemergian Encik Lee Kuan Yew pada 23 Mac 2015, PM Lee Hsien Loong memaklumkan kepada Kabinet pada 15 April 2015 bahawa beliau akan menarik diri daripada semua keputusan yang akan pemerintah ambil mengenai rumah berkenaan.



"Ini selaras dengan garis panduan tatalaku untuk menteri," kata Encik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >