Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Johor akan siasat dakwaan warga SG meningal dunia ekoran tuntutan 'bayaran sebelum rawatan'

Sep 01, 2017 | 04:44 PM



JABATAN Kesihatan Johor akan menyiasat dakwaan hospital di Johor Bahru melengahkan rawatan terhadap mangsa kemalangan warga Singapura sehingga meragut nyawa, 25 Ogos lalu.



Menurut laporan Harian Metro, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata kisah menimpa lelaki itu tular di media sosial.



Katanya, terdapat juga dakwaan pengurusan hospital di Johor Bahru minta bayaran sebelum rawatan diberikan dan itu antara penyebab mangsa cedera kemudiannya meninggal dunia.



“Kami akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang tular itu dan mendapatkan maklumat sahih," katanya, dalam laporan tersebut.

 



Beberapa hari lalu, tular di media sosial kisah mangsa langgar lari yang menimpa Justinian Tan.



Difahamkan, mangsa bersama lima rakannya datang ke Johor Bahru untuk makan.



Apabila berada di Jalan Dato Abdullah Tahir di Taman Abad, kira-kira 3 pagi, difahamkan Proton Saga merempuh mangsa dan seorang rakan mangsa.



Rakan mangsa, Brandon Yeo, 24, hanya mengalami kecederaan ringan.



Rakan mangsa, Ernest Lee dipetik sebagai berkata, pihak berkaitan melengah-lengahkan bantuan kecemasan terhadap mangsa.



Malah, mereka mendakwa ambulans hanya tiba di tempat kejadian setengah jam selepas kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >