Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Johor beri jaminan kepada Singapura terdapat cukup air di empangan Linggiu

Jan 27, 2017 | 12:51 PM



JOHOR BAHRU - Johor memberi jaminan kepada Singapura bahawa Empangan Linggiu, sumber utama Singapura air di Malaysia, mempunyai takungan mencukupi bagi membekalkan 250 juta gelen sehari (mgd) ke negara itu.



Pengerusi Jabatan Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Serantau Johor, Datuk Hasni Mohamad, berkata langkah-langkah berterusan sedang dijalankan bagi meningkatkan kapasiti sungai berdekatan atau kawasan tadahan untuk memastikan air dalam empangan mencukupi.



Beliau berkata, ini dilakukan dengan memperkenalkan bendungan atau tapak simpanan, dikenali sebagai simpanan luar sungai (ORS), dengan laluan air sungai dibesarkan untuk menyimpan air.



Beliau berkata rancangan itu dijalankan dengan tujuan meningkatkan penyimpanan air bukan sahaja di sungai malah mewujudkan kawasan tadahan dalam sungai.



"Dalam kes Linggiu, kami memberi tumpuan kepada sungai-sungai di sekitarnya seperti Sungai Johor dan Sungai Linggiu supaya usaha mengepam air ke dalam empangan boleh dilakukan," katanya pada Khamis (26 Jan).



Pihak berkuasa Singapura telah melahirkan keprihatinan dan mengawasi keadaan di Linggiu kerana paras air telah turun dengan banyak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, berkata pada 9 Jan terdapat risiko ketara bahawa paras air di takungan Linggiu boleh jatuh ke paras sifar jika 2017 menjadi kemarau.



Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Dr Balakrishnan berkata paras air telah menurun secara dengan banyak sejak beberapa tahun kebelakangan ini - daripada 84 peratus pada awal 2015 kepada paras terendah yang dicatatkan sebanyak 20 peratus pada Oktober tahun lepas. Paras air di Linggiu berada pada paras 27 peratus pada 1 Jan, katanya.



Sekiranya kawasan takungan Linggiu menghadapi masalah, agensi air negara PUB akan menghadapi masalah mendapatkan hak bekalan 250 mgd air, katanya.



Perjanjian Air 1962 membolehkan PUB mendapatkan sehingga 250 mgd air dari Sungai Johor dan sebagai balasan, Johor berhak mendapat bekalan harian air yang dirawat sehingga 2 peratus atau 5 mgd air mentah yang dibekalkan kepada Singapura.



Walaupun Encik Hasni mengakui bahawa ia membimbangkan apabila paras air di empangan berada di paras rendah baru-baru ini, beliau memberi jaminan bahawa keadaan di negeri Johor terkawal.



Hujan berterusan sejak beberapa hari kebelakangan membantu meningkatkan paras dir di Sungai Johor kepada 5.9m, katanya. - THE STAR / ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >