Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Johor 'dapat penuhi tanggungjawab bekal air ke Singapura'

Air
Apr 26, 2016 | 09:31 AM



JOHOR BARU: Johor akan terus memenuhi tanggungjawabnya membekalkan 250 juta gelen air mentah ke Singapura setiap hari, walaupun negeri itu dalam genggaman kemarau yang membawa kepada catuan air di sesetengah kawasan, kata seorang pegawai tinggi Johor.



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Awam, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad, memberitahu akhbar The Star negeri itu masih dapat memenuhi keperluan air Singapura walaupun paras air di beberapa empangan dan takungan di Johor telah berkurangan.



"Kami masih dapat memenuhi keperluan Singapura walaupun penurunan (paras air)," beliau dipetik sebagai berkata.



Perjanjian Pemisahan memberi jaminan kepada Singapura untuk mendapatkan 250 juta gelen imperial sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor. Hak itu tamat pada 2061.



Dalam usaha memastikan hak itu dikuat kuasa dengan cara mampan, agensi air negara PUB membina dan mengendalikan sebuah kolam air mengatur besar - Kolam Air Linggiu - di hulu Sungai Johor.



Kolam air itu, yang membantu memenuhi separuh keperluan air Singapura, mengumpul dan melepaskan air hujan ke dalam sungai. Ini menolak air laut ke laut dan memastikan air sungai tidak terlalu masin untuk dirawat oleh loji rawatan air Singapura yang dikendalikan di sana.



Paras air di kolan air itu telah jatuh ke paras terendah baru. Ia hanya 35 peratus penuh sekarang.



Datuk Hasni turut menggariskan pada Isnin (25 Apr) beberapa langkah dalam perancangan bagi mengatasi masalah air.



Beliau berkata pembenihan awan akan dilaksana di sekitar kolam aiar tersebut dan tindakan keras akan diambil ke atas mereka yang mengambil air secara haram dari kawasan tadahan.



Tentera dan polis akan turut membantu dalam melaksana tindakan penguatkuasaan, ujarnya.



Datuk Hasni juga berkata pihak berkuasa negeri telah mengeluarkan notis kepada petani sayur-sayuran berskala besar dengan hartanah dekat kawasan tadahan air supaya meninjau sumber air lain daripada menggunakan air sungai.



Beliau turut merujuk kepada projek Bendungan Sungai Johor bernilai RM90 juta ($31 juta) bagi mengurangkan kemasinan air sungai.



"Bendungan ini akan beroperasi sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya, sambil menambah ini akan membolehkan air diambil dari sungai tanpa bimbang mengenai pencerobohan air masin ke dalam loji rawatan.



Singapura dan Malaysia telah bekerja bersama dalam projek seperti bendungan itu bagi meningkatkan sumber air di Johor, menurut Konsulat Jeneral Singapura di Johor Baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >