Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Johor ingin buka semula sempadan dengan Singapura 'dalam beberapa hari' lagi

Mar 18, 2020 | 03:30 PM



KOTA ISKANDAR: Kerajaan negeri Johor pada Rabu (18 Mac) berkata ia berharap dapat membuka semula sempadan dengan Singapura dalam masa beberapa hari akan datang.



Menteri Besar Hasni Mohammad berkata ini akan dilakukan dengan pemeriksaan kesihatan yang lebih ketat di kedua-dua belah sempadan.



"Kami akan umumkan pelan pengurangan kesan semasa wabak Covid-19 ini.



"Antara kategori yang dikecualikan ialah mereka yang memegang pas kerja oleh Malaysia atau Singapura, pelajar yang menuntut di Singapura, mereka yang mempunyai kemahiran khusus, ahli perniagaan, mereka yang terlibat dalam logistik, dan lain-lain yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis eksekutif negeri.



Beliau berkata jawatankuasa khas yang diketuai oleh beliau, setiausaha negeri dan majlis keselamatan negeri akan membincangkan perkara itu pada Rabu.



Mereka juga akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat di Singapura mereka pada keesokan harinya sebelum mengemukakan perkara itu kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat pengumuman. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK



  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >