PENGUNJUNG dari Singapura ke Johor hujung minggu ini boleh menjangka urusan seperti biasa di tempat-tempat seperti pusat beli-belah, pusat makanan dan padang golf walaupun cuti hujung minggu bagi negeri itu ditukar kepada Jumaat dan Sabtu mulai minggu ini.
Pada Ahad pula, mereka boleh menjalankan urusan di pejabat kerajaan negeri dan persekutuan seperti biasa kerana perubahan itu bermakna semua pejabat itu beroperasi pada Ahad hingga Khamis dan ditutup pada Jumaat dan Sabtu.