Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jokowi, Prayudth dan Modi bakal hadir di sidang Asean buat pertama kali

Nov 11, 2014 | 01:32 PM



NAPYIDAW (Myanmar): Tiga pemimpin akan hadir buat pertama kalinya di Sidang Puncak Asean ke-25 yang bakal berlangsung esok.


Mereka ialah: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan 'Jokowi'; Perdana Menteri Thailand, Jenderal Prayuth Chan-ocha; dan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi atau lebih mesra dengan panggilan 'Modi'.


Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, yang baru saja rasmi dilantik sebagai presiden Indonesia ke-7 bulan lalu, dijangka akan memperjelaskan lagi dasar pembangunan maritim Indonesia kepada pemimpin negara-negara serantau di mana ramai melihat ia bakal menjadi bahagian penting diplomasi politik luar-negara dan bagian terpenting dalam membangun jati-diri negara itu.


Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Jenderal Prayuth pula dijangka mengambil kesempatan dalam sidang puncak ini untuk berusaha memberi jaminan kepada pemimpin-pemimpin yang hadir di sidang puncak Asean bahawa perebutan kuasa yang dilakukan tentera Thai merupakan sesuatu yang perlu tetapi bersifat sementara.


Bagi Encik Modi pula, kehadirannya di Myanmar akan memberinya kesempatan untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Myanmar, Encik Thein Sein dan bertemu dengan tokoh pembangkang negara itu, Cik Aung San Suu Kyi.


Ini merupakan kali pertama Encik Modi bertemu dengan penerima Hadiah Nobel itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >