Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jokowi tandatangani peraturan sahkan FIR dengan S'pura

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, mengumumkan bahawa beliau telah menandatangani peraturan presiden tentang pengesahan perjanjian Rantau Maklumat Penerbangan (FIR) yang ditandatangani Indonesia bersama Singapura Januari lalu.



Di bawah perjanjian itu, sempadan antara FIR Singapura dengan Jakarta akan disejajarkan semula mengikut sempadan wilayah Indonesia secara umumnya.



Menerusi satu video di laman YouTube sekretariat presiden Indonesia semalam, Encik Jokowi menyifatkan perjanjian FIR itu sebagai langkah maju bagi pengiktirafan antarabangsa terhadap ruang udara Indonesia.



Tambahnya, ia juga akan meningkatkan jaminan keselamatan dan keamanan penerbangan serta meningkatkan pendapatan negara bukan cukai.



"Hal ini boleh menjadi momentum bagi usaha memodenkan peralatan navigasi penerbangan dan membangunkan sumber daya manusia Indonesia," ujarnya.



Peraturan presiden, atau perpres, juga menetapkan garis panduan bagi pelaksanaan perjanjian itu.



Perjanjian FIR itu merupakan sebahagian daripada perjanjian berhubung tiga isu dua hala yang sebelum ini berpanjangan, yang ditandatangani di Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan Januari lalu, dengan disaksikan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, serta Encik Jokowi.



Selain perjanjian berhubung FIR itu, terdapat juga perjanjian berhubung kerjasama pertahanan dan ekstradisi orang-orang yang diburu.



Jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata mereka menyambut baik pengesahan Indonesia bagi perjanjian FIR itu.



"Perjanjian FIR itu merupakan sebahagian daripada perjanjian di bawah rangka kerja yang diperluas antara Singapura dengan Indonesia yang ditandatangani di Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia Januari lalu.



"Pemerintah Singapura dan Indonesia telah bertukar surat untuk berjanji melaksanakan ketiga-tiga perjanjian itu - berhubung FIR, ekstradisi dan kerjasama pertahanan - secara serentak," kata jurucakap MFA itu.



Tambahnya, mereka mengalu-alukan pengesahan perjanjian lain untuk membolehkan ketiga-tiga perjanjian dilaksanakan secara serentak.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >