Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jolovan Wham didakwa esok

Nov 22, 2020 | 05:30 AM



PEKERJA sosial dan aktivis Jolovan Wham akan didakwa di mahkamah esok kerana mengadakan bantahan tanpa permit di kawasan larangan.



Polis dalam satu kenyataannya semalam berkata Wham, 40 tahun, pada 28 Mac dipercayai mengadakan bantahan tanpa permit berdekatan Kelab Masyarakat Toa Payoh Central dan Pusat Polis Kejiranan Toa Payoh.



Wham kemudian memuat naik gambar dirinya memegang sekeping kadbod dengan lukisan senyuman sebagai tanda sokongan kepada para aktivis perubahan iklim.



Di Facebook, Wham berkata bahawa dia "memegang kadbod berkenaan di Toa Payoh Central, mengambil gambar, lalu meninggalkan tempat itu."



Tuduhan kedua pula berkaitan insiden pada 13 Disember 2018, di mana Wham didakwa menganjurkan bantahan di luar bangunan Mahkamah Negara yang lama, dan bantahan itu diadakan di dalam kawasan larangan.



Wham memuat naik sekeping gambar pada hari yang sama, yang menunjukkan dirinya berdiri di luar bangunan tersebut sambil memegang sekeping kertas yang tertera tulisan: "Gugurkan tuduhan terhadap Terry Xu dan Daniel De Costa."



Xu, yang merupakan penyunting laman The Online Citizen dan Daniel De Costa, didakwa pada hari tersebut kerana menerbitkan rencana yang mendakwa para pegawai kanan Pemerintah terbabit dengan rasuah.



Wham boleh dikenakan hukuman denda sehingga S$5,000 bagi setiap tuduhan, yang tertakluk di bawah Akta Ketenteraman Awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >