Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jolovan Wham didenda $8,000 kerana protes di kereta api MRT tiga tahun lalu

Feb 15, 2021 | 09:19 PM




SEORANG lelaki, Jolovan Wham, didenda $8,000 pada Isnin (15 Feb) setelah dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan berhubung perhimpunan awam haram yang diadakan di kereta api MRT lebih tiga tahun lalu.




Perhimpunan sembilan orang itu diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-30 Operasi Spectrum - operasi keselamatan pada 1987 yang berakhir dengan penahanan 22 aktivis dalam apa yang disebut oleh pemerintah sebagai konspirasi Marxis, lapor The Straits Times.



Semasa perjalanan mereka di kereta api ke arah utara dan selatan, yang berlangsung selama kira-kira dua jam pada 3 Jun 2017, penunjuk perasaan memakai penutup mata yang dibuat daripada beg sampah dan memegang buku mengenai operasi tersebut.



Wham dan satu penunjuk perasaan lain juga meletakkan kepingan kertas, yang menunjukkan mesej membantah penahanan itu, di riba mereka.



Dia kemudian memuat naik gambar-gambar perhimpunan itu di media sosial.



Wham, 41 tahun, didenda $4,500 kerana menganjurkan perhimpunan tanpa permit, $1,000 kerana merosakkan kereta api dengan menampal dua keping kertas yang mengandungi mesej di sebuah panel, dan $2,500 kerana tidak mahu menandatangani kenyataan yang dia berikan kepada polis mengenai kes tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >