Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan - EHWAL MASYARAKAT ISLAM: MEMPERKUKUH JAGAAN MASYARAKAT

Jom Surf! tekan kepentingan celik digital bagi warga emas

Mar 11, 2022 | 08:37 AM



DALAM satu bengkel celik digital bagi warga emas yang dikendali Encik Muhammad Afandi Sharin bulan lalu, seorang wanita berusia 60-an tahun meminta bantuan melakukan satu tugas yang sangat mudah dalam telefon bimbitnya.



Beliau bertanya macam mana nak lengkapkan dokumen PDF sebagai lampiran atau attachment dalam e-mel, kata Encik Afandi, 31 tahun.



Meskipun tugas itu satu kemahiran asas bagi pengguna yang mahir dalam komputer, bagi wanita itu, ia satu masalah sedangkan celik digital membawa banyak manfaat dalam kehidupan harian.



Ternyata, kata jurutera komputer itu, wanita tersebut sedang mencari pekerjaan baru dan ingin tahu bagaimana melengkapkan resume beliau dalam e-mel.



Inilah sebabnya kemahiran digital seperti itu penting diajarkan kepada warga emas, kata Encik Afandi.



Beliau antara sekitar 15 relawan jawatankuasa kecil belia Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA) yang membangunkan inisiatif 'Jom Surf!' yang dilancarkan pada Ogos lalu.



Menurut Encik Afandi, yang juga ketua kedua inisiatif itu, kemahiran yang 'lebih asas' seperti cara menggunakan Singpass, bagaimana mengingat atau reset semula kata laluan, mengakses e-mel dan sebagainya adalah penting kerana penggunaan semua aplikasi lain, termasuk aplikasi pemerintah seperti Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bergantung padanya.



"Warga emas kita bukan tidak pandai gunakan aplikasi digital. Mereka tahu.



"Tapi kadang-kadang, cabaran yang mereka hadapi adalah perkara-perkara mudah seperti tak ingat kata laluan (password), tak tahu macam mana nak akses e-mel dan lain lagi.



"Kemahiran ini, walaupun kecil, sangat penting sebab semua aplikasi yang kita gunakan bergantung padanya."



Sejak 'Jom Surf!' dilancarkan, ia telah mendekati sekitar 100 peserta.



Ia mengadakan bengkel secara bersemuka yang mengajarkan warga emas membuat akaun e-mel, menggunakan aplikasi WhatsApp dan Zoom serta khidmat pemerintah seperti Singpass dan TraceTogether.



Warga emas juga diajar cara mengakses khidmat lain seperti menebus baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan menempah slot solat Jumaat.



Selain itu, bengkel tersebut menetapkan matlamat meningkatkan kesedaran terhadap jenayah penipuan.



Sejumlah empat bengkel digital telah diadakan di Kelab Masyarakat (CC) Bedok, Tampines Central, Kolam Ayer dan Lengkok Bahru.



Bengkel kelima akan diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Boon Lay CC dengan Masjid Maarof pada 19 Mac.



Disokong Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), bengkel 'Jom Surf!' turut menerima relawan daripada badan masyarakat lain seperti masjid, pelajar institut pengajian tinggi dan persatuan masyarakat lain.



Pengerusi Perancangan Jom Surf!, Encik Muhammad Habib Abdul Kadir, 28 tahun, berkata:



"Sejak pandemik ini, dunia kami telah maju dengan pantas dalam arena digital. Namun ini telah menyebabkan sebahagian warga emas kami tertinggal.



"Jadi adalah penting untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan ini supaya mereka dapat lebih berdikari dalam dunia maya," tegasnya.



Encik Afandi, yang juga Naib Pengerusi MAEC Changi Simei CC, pula berkata sambutan bengkel 'Jom Surf!', yang biasanya diadakan dari pagi hingga sekitar 2 petang pada hujung minggu, amat baik.



Ini kerana bengkel itu memberi perhatian khusus kepada setiap peserta dengan teliti dan bersemuka serta merangkumi pendidikan kemahiran digital luas, termasuk mengakses akhbar dalam talian dan bahan membaca dari perpustakaan.



Pendekatan ini, bagaimanapun, menimbulkan cabaran kepada pihaknya.



Dengan hanya sekitar 15 relawan tetap, Encik Afandi berharap lebih ramai anggota masyarakat tampil menawarkan bantuan dalam inisiatif itu supaya lebih ramai warga emas dapat didekati.



"Bagi saya, potensi program seperti ini boleh diluaskan lagi jika ia bermula dari sudut individu dan kemudian keluarga dan teman mereka.



"Jika mereka turun dan sokong projek ini, tentu lebih ramai akan meraih manfaat daripadanya juga," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >