Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Josephine: Bekas banduan dibantu dapat pekerjaan

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



SKIM Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) bagi menyokong syarikat menggajikan pekerja setempat dalam pandemik Covid-19 ini, akan diperluas untuk menggalak majikan menggajikan bekas banduan juga.



Di bawah skim itu, pemerintah akan membiayai 50 peratus daripada $5,000 pertama gaji bulanan kasar bekas banduan untuk tempoh 12 bulan.



Mengumumkan langkah itu semalam, Menteri Tenaga Kerja Josephine Teo berkata usaha ini bertujuan menyokong tenaga kerja yang lebih inklusif.



"Setiap tahun, sekitar 10,000 pesalah meninggalkan penjara untuk memulakan hidup baru.



"Mereka menghadapi banyak cabaran, antaranya untuk pulang ke kerja. Namun, ini penting bagi mereka untuk kembali menjadi anggota masyarakat," kata Cik Teo dalam pos Facebook semalam.



Skim JGI diperkenalkan Ogos lalu untuk menyokong majikan menggajikan pekerja setempat dan meningkatkan bilangan pekerja setempat mereka dalam tempoh September 2020 hingga Februari 2021.



Pemerintah telah memperuntuk $1 bilion untuk skim tersebut.



Bagi setiap pengambilan pekerja warga setempat baru yang berusia di bawah 40 tahun, pemerintah membayar bersama 25 peratus daripada $5,000 pertama gaji bulanan kasar selama 12 bulan mulai bulan di mana pekerja itu digajikan.



Bagi pekerja matang yang baru, tahap sokongan itu dipertingkat kepada 50 peratus.



Oktober lalu, pemerintah juga telah memperluaskan tahap sokongan lebih tinggi itu kepada pekerja kurang upaya.



Kini, golongan bekas banduan yang diambil bekerja juga akan menerima tahap sokongan 50 peratus itu, tidak kira usia mereka.



Bagi bekas banduan yang diletakkan di bawah Reben Kuning Singapura, Persatuan Syarikat Kerjasama Perusahaan dan Perkhidmatan (Iscos), atau rumah peralihan yang mempunyai kontrak dengan Khidmat Penjara Singapura (Captains of Lives), majikan akan secara automatik menerima tahap JGI yang lebih tinggi itu.



Bagi majikan bekas banduan yang lain, tahap sokongan lebih tinggi itu hanya akan diberikan setelah mereka memohonnya.



"Saya menggesa majikan untuk bersikap inklusif. Berikan bekas pesalah peluang kedua untuk membina hidup baru," ujar Cik Teo semalam.



Majikan yang berminat untuk berbuat demikian boleh menghubungi Reben Kuning Singapura atau melungsuri laman www.yellowribbon.gov.sg/services/employ-ex-offenders.



Maklumat lanjut mengenai JGI boleh didapati di www.go.gov.sg/jgi.




KES COVID-19 DI SG – 4 DIS



JUMLAH KES BARU: 3



DALAM MASYARAKAT: 0



DI DORMITORI: 0



IMPORT: 0



JUMLAH KEMATIAN: 29



JUMLAH KESELURUHAN: 58,242 (hingga 12 tengah hari semalam)



Laporan terkini kes Covid-19 setempat boleh didapatkan dengan melayari laman www.BH.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >