Josephine: Belum masa bolehkan mereka kerja sendiri sumbang kepada Medisave
Aug 21, 2019 | 05:30 AM
PEMERINTAH tidak ada rancangan buat masa ini untuk menawarkan sektor privet satu skim yang membantu mereka yang bekerja sendiri membuat sumbangan kecil dan tetap kepada akaun Medisave, daripada membayar jumlah pukal secara tahunan.
Sebaliknya, Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, menggalakkan 4,000 ejen hartanah supaya membuat sumbangan sukarela kepada CPF jika mereka mampu, menurut akhbar The Straits Times.