Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Josephine beri status skim penempatan kerja

Sebilangan besar kerja tersedia di bawah Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited adalah untuk jawatan jangka panjang
Jan 06, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR separuh daripada 60,000 penempatan pekerjaan di bawah Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited (SGUJS) ialah bagi pekerjaan jangka panjang, sementara sepertiga daripadanya merupakan bagi pekerjaan jangka pendek dengan tempoh kurang dari 12 bulan.



Bakinya adalah bagi peluang latihan dan penempatan kerja atau latihan berasaskan kursus yang dianjurkan syarikat, menurut Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo.



Pakej SGUJS dilancarkan April 2020, dengan matlamat mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan dan kemahiran bagi pekerja Singapura. Dari April hingga Oktober lalu, Majlis Pekerjaan Kebangsaan (NJC) menempatkan 60,000 mereka yang mencari pekerjaan dalam pelbagai peluang.



Sehingga akhir Oktober, lebih 123,000 peluang pekerjaan dan kemahiran masih disediakan.



Menjawab pertanyaan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) dan Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah) di Parlimen semalam, Cik Teo berkata:



"Daripada peluang SGUJS yang tersedia, hampir enam dari 10 merupakan bagi pekerjaan jangka panjang, dua dari 10 merupakan bagi pekerjaan jangka pendek dan yang lain adalah bagi latihan dan penempatan kerja atau latihan berasaskan kursus yang dihoskan syarikat."



Beliau menambah pekerja matang yang berusia 40 tahun ke atas turut diberi peluang yang baik di bawah SGUJS, dengan 50 peratus penempatan kerja dan 35 peratus latihan pekerjaan serta peluang latihan diberikan kepada mereka.



Selain itu, untuk menggalakkan syarikat mengambil lebih ramai pekerja matang, pemerintah telah melancarkan Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) pada September 2020, kata Cik Teo.



Di bawah insentif itu, pemerintah akan menaja jamin 50 peratus gaji pekerja matang sehingga $5,000 pertama selama 12 bulan.



Ini adalah seganda sokongan gaji bagi pekerja setempat baru yang lebih muda.



Dalam soalan susulannya, Encik Giam menanyakan jumlah individu berusia 40 tahun ke atas yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan di bawah JGI dan sama ada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mempunyai jumlah sasaran bagi insentif tersebut untuk dianggap berjaya.



Cik Teo berkata data yang diminta Encik Giam itu belum tersedia lagi kerana ia memerlukan sedikit masa sebelum MOM dapat melihat sejauh mana JGI dimanfaatkan syarikat di sini.



"Encik Giam juga bertanya apakah jumlah sasaran yang akan dianggap baik. Pada saya, pada masa ini, kita mesti melihat keseluruhan jumlah yang mencari pekerjaan, setiap daripada mereka adalah penting," katanya.



Memberi respon, Encik Giam berkata:



"Saya ingin faham sama ada JGI mempunyai sebarang jumlah sasaran yang mahu dicapai...kerana jika tiada sasaran yang telah ditetapkan, bagaimana kementerian menetapkan sama ada ia telah mencapai apa yang perlu dicapai dan bagaimana ia tahu apakah mungkin ada sebarang perubahan yang perlu dilakukan?"



Cik Teo menjawab:



"Saya akan berhati-hati dalam mengharapkan hanya satu-satu skim sahaja untuk mencapai objektif kita dalam hal pekerjaan.



"Secara keseluruhan sebagai pemerintah, tujuan kami adalah untuk cuba memperluas pekerjaan dan menurunkan pengangguran. Untuk melakukannya, banyak faktor perlu diselaraskan.



"JGI harus diambil kira dengan skim lain, bukan idea yang baik untuk kita mengambil satu skim sahaja, perlu ada pendekatan holistik yang mesti kita gunakan."



Turut mengajukan soalan susulan ialah Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) yang bertanyakan tentang kadar pekerjaan bukan standard iaitu pekerjaan bukan sepenuh masa dan tanpa hubungan langsung antara majikan dan pekerja yang telah diwujudkan.



"Tidak ada persoalan mengenainya, kami mahu pencari pekerjaan mendapat pekerjaan yang lebih tetap, mereka boleh mendapatkan kemahiran baru dan mempunyai jalan kerjaya yang lebih baik.



"Pada masa ini, apa yang perlu kita prihatin ialah kemerosotan kemahiran.



"Jika seorang individu tidak dapat mempunyai pekerjaan yang bermakna, sama ada peluang latihan dihoskan oleh syarikat atau penempatan kerja, saya rasa risiko berkaitan hal tersebut ialah bukannya mereka tidak mempunyai pekerjaan standard sekarang ini, tetapi mereka mungkin tidak akan mempunyai pekerjaan standard selamanya pada masa hadapan," jelas Cik Teo.



"Sementara saya hargai pertanyaan (Dr Lim), apakah nilai kadar yang dimintanya itu? Ini bukanlah cara NJC (Majlis Pekerjaan Nasional) melihat isu ini," tambahnya.



Beliau menjelaskan bahawa matlamat NJC ialah untuk membuka laluan bagi pencari pekerjaan memasuki tenaga kerja meskipun terdapat kelemahan global dalam permintaan buruh.



Peluang latihan dan penempatan kerja yang dihoskan syarikat akan membantu pencari kerja menggarap kemahiran dan pendedahan yang relevan kepada industri, dan ini akan memperbaiki kebolehkerjaan mereka dan meletakkan mereka di tempat yang lebih baik jika ekonomi semakin pulih kelak, tambah beliau.




"Saya akan berhati-hati dalam mengharapkan hanya satu-satu skim sahaja untuk mencapai objektif kita dalam hal pekerjaan. Secara keseluruhan sebagai pemerintah, tujuan kami adalah untuk cuba memperluas pekerjaan dan menurunkan pengangguran. Untuk melakukannya, banyak faktor perlu diselaraskan. JGI harus diambil kira dengan skim lain, bukan idea yang baik untuk kita mengambil satu skim sahaja, perlu ada pendekatan holistik yang mesti kita gunakan.
- Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, semasa menjawab pertanyaan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >