Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Josephine gesa Home Team manfaat teknolgi

Jul 16, 2022 | 07:45 AM



HOME Team harus sentiasa mencari jalan untuk mendekati misi mereka di tengah-tengah persekitaran yang tidak menentu.



Khususnya, Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, berkata bahawa ia penting untuk memanfaatkan teknologi sebagai pengganda kuasa untuk menambah sumber dan meningkatkan keberkesanan operasi.



"Persekitaran operasi kami adalah dinamik dan kompleks, dan semakin tidak menentu dan mudah berubah.



"Kami harus sentiasa bersedia menangani ancaman yang semakin meningkat yang dihadapi kita, seperti keganasan, penipuan, kempen maklumat bermusuhan, dan perpecahan masyarakat," katanya semasa Majlis Penyampaian Biasiswa dan Penajaan MHA (Kementerian Ehwal Dalam Negeri) semalam.



Menekankan kepentingan meningkatkan usaha transformasi Home Team, Cik Josephine berkata terdapat pelbagai usaha yang sudah dijalankan.



Contohnya, awal tahun ini, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah memperkenalkan Inisiatif Pelepasan Automatik untuk membolehkan pelancong yang layak, termasuk pelancong asing, untuk menjalani pemeriksaan imigresen menggunakan lorong automatik.



Demi meningkatkan keupayaan MHA menangani jenayah, polis juga akan meluaskan rangkaian kameranya kepada lebih 200,000 kamera di tempat awam menjelang 2030.



Dengan adanya keupayaan analisis video, ia akan memberi amaran dengan segera kepada pegawai yang memantau kamera.



Untuk mengukuhkan keupayaan pegawai kecemasan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan HTX telah melancarkan Makmal Penyesuaian dan Perbaikan Kesihatan Pasukan Kecemasan (Excel) bulan lalu.



EXCEL menilai prestasi kognitif, fisiologikal dan daya ketahanan pegawai SCDF dan Home Team dan menyediakan program latihan sesuai untuk meningkatkan keupayaan mereka.



Semasa acara tersebut seramai 148 pegawai Home Team telah menerima biasiswa, penajaan atau anugerah belajar daripada MHA.



118 daripada mereka akan menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda, sementara lagi 30 akan menyambung pengajian di peringkat possiswazah.



Seramai lapan pegawai juga telah menerima Hadiah Buku MHA.



Mengucapkan tahniah kepada penerima biasiswa dan penajaan itu, Cik Teo berkata:



"Dianugerahkan biasiswa atau tajaan adalah satu pengiktirafan atas perkhidmatan kecemerlangan anda dan bukti kepercayaan kami terhadap potensi anda untuk menyumbang kepada Home Team dengan cara yang lebih besar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >