Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Josephine hargai sumbangan Home Team

Aug 03, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo semalam melahirkan penghargaan kepada pegawai Home Team atas sumbangan mereka tahun ini yang membuktikan kepada dunia kemampuan "sebuah titik merah kecil".



Beliau melahirkan penghargaan itu dengan merujuk kepada penganjuran pertemuan bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dan bagaimana Pasukan Polis Singapura (SPF) menjejak serta menangkap tujuh suspek dalam satu insiden serangan kejam menggunakan senjata di Serangoon Road minggu lalu.



"Dengan cara yang berbeza, setiap jabatan Home Team telah memainkan peranan penting dalam menjadikan Singapura sebuah rumah yang aman bagi kita dan dan keluarga kita," kata Cik Teo.



Beliau turut membuat rujukan bagaimana pegawai Pusat Biro Narkotik (CNB) menangkap seramai 114 orang yang disyaki terlibat dengan dadah dalam satu operasi seluruh pulau selama 11 hari dari 18 hingga 29 Jun lalu.



Beliau berkata: "Kami mempunyai masa yang suntuk untuk membuat persiapan bagi sidang puncak tersebut tetapi kami menghadapi semua itu dan seluruh Singapura bekerjasama menjayakan sidang puncak bersejarah itu.



"Apa yang dicapai Home Team adalah hasil profesionalisme rakyat dan pegawai kami, kesungguhan mencapai kecemerlangan dan paling penting, komitmen kepada Singapura."



Cik Teo, yang juga Menteri Tenaga Manusia, berkata demikian dalam Upacara Memperingati Hari Kebangsaan Home Team di Kementerian Ehwal Dalam Negeri semalam.



Seramai 191 pegawai Home Team, sukarelawan, orang awam dan pasukan mendapat pengiktirafan atas sumbangan mereka.



Seramai 68 orang awam turut mendapat pengiktirafan atas semangat awam yang mereka pamerkan.



Salah seorang daripada mereka ialah Encik Hossain Mukter, seorang juruteknik alat pendingin hawa yang tangkas bertindak selepas menyaksikan satu kebakaran di sebuah kedai di Grandlink Square pada November lalu.



Bersama beberapa orang lain, beliau mengambil alat pemadam api untuk memasuki kedai itu untuk memadamkan api.



Rakyat Bangladesh berusia 53 tahun yang datang ke Singapura pada 1995 itu berkata: "Orang Singapura juga keluarga saya dan kita semua mesti saling membantu.



"Saya buat apa yang boleh saya lakukan dalam situasi itu dan saya amat berbangga dan gembira menerima anugerah ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >