Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Josephine Teo bakal lancar panel rakyat demi pertingkat keharmonian antara pekerjaan dan kehidupan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Josephine Teo bakal lancar panel rakyat demi pertingkat keharmonian antara pekerjaan dan kehidupan

Jun 15, 2019 | 04:53 PM

PANEL rakyat yang bertujuan untuk mempertingkatkan keharmonian di antara pekerjaan dan kehidupan dengan menggunakan idea dan perspektif warga Singapura akan dilancarkan tidak lama lagi oleh Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo, menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat hari ini. 

Inisiatif tersebut merupakan contoh cara baru pemimpin generasinya akan bekerjasama dengan warga Singapura, dengan memanfaatkan kepelbagaian kepakaran mereka untuk membentuk dan menguatkuasakan dasar. 

Encik Heng, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berucap semasa sesi dialog yang dianjurkan bersama unit maklum balas pemerintah Reach dan CNA. 

Dalam ucapannya itu, beliau telah memberi bayangan tentang gaya pentadbiran yang boleh dijangkakan rakyat Singapura dari pasukannya iaitu pentadbiran yang memberi tumpuan kepada kerjasama dan bukan bekerja untuk warganya. 

Ini melibatkan “ruang untuk berbahas dan memikirkan dengan lanjut” tentang dasar serta rakyat yang bekerjasama dengan pemerintah untuk memperbaiki dan menyampaikan dasar. 

“Kami akan bekerjasam dengan lebih ramai daripada anda untuk membentuk dan menguatkuasakan penyelesaian yang melibatkan pelbagai isu dan bidang,” katanya. 

Bidang lain yang akan diberi tumpuan dalam kerjasama itu termasuk kemampanan persekitaran, perumahan, mobiliti sosial, dan menarik lebih ramai belia Singapura untuk berkongsi visi mereka melalui Pelan Tindakan Belia. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3