MENTERI Negara Kanan, Cik Josephine Teo dan Encik Desmond Lee, akan dinaikkan pangkat menjadi Menteri penuh.
Cik Teo akan dilantik sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua di Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Encik Lee pula akan dilantik sebagai Menteri di PMO merangkap Menteri Kedua di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND).
Ini merupakan antara perubahan kabinet yang diumumkan dalam satu kenyataan PMO hari ini.
Pelantikan mereka berkuatkuasa pada 1 Mei ini.