Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Josephine Teo dilantik anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAP bagi menggantikan Halimah Yacob; Tan Chuan-Jin dilantik pengerusi PAP.SG

Oct 11, 2017 | 08:40 PM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Tenaga Manusia merangkap Ehwal Dalam Negeri) Josephine Teo telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat (PAP) menyusuli pertemuan ke-34 jawatankuasa itu semalam.



Sementara itu, Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin pula dilantik pengerusi Kumpulan Senior PAP (PAP.SG).

Ini bagi menggantikan Presiden Halimah Yacob yang telah meletak jawatan daripada CEC dan parti tersebut.



Ini diumumkan dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Penganjur PAP, Encik Chan Chun Sing, yang juga pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Ibu Pejabat PAP.



“CEC ingin mencatatkan penghargaan Parti kepada Puan Halimah atas perkhidmatannya kepada Parti,”menurut kenyatan tersebut.



Dalam pada itu, CEC itu juga menerima permintaan Menteri Kanan Emeritus (ESM), Encik Goh Chok Tong, untuk mengundurkan diri sebagai penasihat kepada PAP.SG.



“Parti ingin mengucapkan terima kasih kepada Komrad Goh atas bimbingan berharga dan sokongannya untuk PAP.SG dalam tahun-tahun pembentukannya,” menurut kenyataan itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >