Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Josephine Teo jelaskan pendekatan S'pura tangani serangan siber dalam sidang di Estonia

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA telah mengubah pendiriannya berhubung dengan keselamatan siber daripada menekankan langkah pencegahan kepada pemikiran yang "mengandaikan akan berlaku pencerobohan atau gangguan sistem".



Ini bagi memastikan negara akan terus berwaspada dan memantau untuk mengenal pasti pencerobohan, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dalam satu sesi perbincangan panel di Sidang Puncak Digital Tallinn di Estonia.



Cik Teo berada dalam rangka lawatan kerja ke Tallinn, Estonia dari 6-7 September. Beliau diundang berucap dalam sidang itu kelmarin, yang merupakan perhimpunan tahunan bagi ketua pembangunan digital merata dunia.



Kededua negara akan mengukuhkan kerjasama dalam bidang digital seperti keselamatan siber berikutan pemeteraian perjanjian persefahaman memorandum (MOU) oleh Cik Teo dan Menteri Keusahawanan dan Teknologi Maklumat Estonia, Andres Sutt.



Di bawah perjanjian itu, kededua negara akan antara lain berkongsi kepakaran dalam dasar keselamatan siber dan perlindungan prasarana maklumat kritikal dan menyokong pendigitalan perniagaan kecil dan sederhana (SME).



Menurut kenyataan media semalam, semasa bercakap dalam panel di sidang tersebut, Cik Teo berkongsi keselamatan siber telah menjadi satu masalah 'jahat' yang tidak boleh diselesaikan dengan tuntas.



Lantaran itu, ia mendorong Singapura supaya mengubah pendekatan dalam menangani isu keselamatan siber - daripada menekankan langkah pencegahan kepada pemikiran yang "mengandaikan akan berlaku pencerobohan atau gangguan sistem".



Kata Cik Teo, sekiranya benar-benar berlaku pencerobohan, adalah penting untuk pemerintah sudah melaksanakan mekanisme respons bagi pemulihan yang cepat.



Perhubungan yang jelas dan bertepatan waktu, juga penting bagi mengekalkan kepercayaan awam, tambahnya.



Beberapa anggota panel menarik perhatian tentang peri pentingnya meningkatkan pendidikan awam mengenai keselamatan siber dan langkah pencegahan.



Ini disetujui Cik Teo sambil menambah bahawa Singapura menyifatkan keselamatan siber sebagai satu tanggungjawab dikongsi, manakala usaha dijalankan di pelbagai peringkat demi meningkatkan daya ketahanan siber.



Ini termasuk skim penarafan, SG Cyber Safe Trustmark bagi membantu perniagaan diiktiraf atas amalan siber yang baik.



Sementara itu, mengulas penyertaan Singapura dalam sidang itu, Cik Teo berkata negara ini dilihat mencapai kemajuan yang baik dalam pembangunan digital.



"Selain daripada ia menjadi wadah berkongsi pengalaman kita, sidang ini peluang baik untuk kita belajar daripada pemain terbaik dalam bidang seperti pengawalan digital," ujar beliau.



Estonia dianggap sebagai antara negara yang mempunyai masyarakat paling maju digital di dunia, dengan 99 peratus daripada khidmat pemerintah dalam talian dan 99 peratus penduduknya mempunyai identiti secara elektronik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >