Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JTC kumpul idea bagi rangsang usaha bangun Pulau Jurong yang mampan

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



SATU kajian dua tahun untuk mengurangkan penggunaan sumber dan mengubah Pulau Jurong menjadi taman tenaga dan bahan kimia lestari - sejajar dengan Rancangan Hijau Singapura 2030 - telah mencapai kesimpulannya baru-baru ini.



Dikendalikan oleh JTC, kajian Ekonomi Pekeliling Pulau Jurong (Jice) menganalisis data mengenai sisa tenaga, air dan kimia dari 51 syarikat untuk mengenal pasti potensi sinergi yang dapat mengurangkan penggunaan sumber di peringkat sistem.



Semalam, JTC juga telah meminta solusi kemampanan untuk mengatasi cabaran semasa, yang akan membawa kepada lebih banyak syarikat mengumpulkan idea serta mengembangkan dan menguji teknologi mereka di pulau itu.



Bercakap di webinar kajian Jice, Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, berkata Pulau Jurong berada di "tengah-tengah" usaha Singapura i mencapai komitmen iklimnya.



Pulau itu adalah salah satu hab tenaga dan bahan kimia terkemuka di dunia dan menempatkan lebih daripada 100 syarikat terkemuka.



Pada tahun lalu, Pulau Jurong menghasilkan tenaga suria sekitar 8.1 megawatt (MWp), mengitar semula 6.5 juta meter padu air tawar dan menjimatkan sebanyak 58.8 juta meter padu air tawar dengan menggunakan air laut, kata Dr Tan.



Ini bersamaan dengan 26,000 kolam renang Olimpik.



Beliau berkata masyarakat Pulau Jurong juga telah mengumpulkan hampir $750,000 untuk menanam 34,000 pokok pada tahun depan, yang akan membantu mengurangkan kesan panas di pulau itu.



Beliau berkata: "Namun untuk memastikan usaha kemampanan ini dapat dijalankan, kita perlu melakukan lebih banyak usaha.



"Industri kami mesti mengubah dan mencapai kejayaan dalam kecekapan karbon dan tenaga... justeru dari situ kita dapat menyaksikan bagaimana pendekatan ekonomi pekeliling dapat membuat perbezaan yang bermakna."



Sebagai sebahagian daripada ekosistem bersepadu untuk industri tenaga dan kimia, banyak syarikat di Pulau Jurong dihubungkan melalui saluran paip yang memudahkan pengangkutan dan pertukaran bahan.



Mereka juga berkongsi prasarana dan kemudahan seperti loji janakuasa dan kemudahan penyimpanan.



JTC berkata syarikat dengan ruang bumbung yang besar telah mula menggunakan panel suria di bumbung mereka, dengan jumlah kapasiti solar sebanyak 8.1 MWp - setara dengan keperluan tenaga elektrik sekitar 1,435 isi rumah dalam masa setahun.



"Hingga kini, kami telah menerima minat daripada sekitar 20 syarikat untuk memasang panel suria di ruang mereka, menambah potensi 9.6 MWp kapasiti solar terpasang, setara dengan memberi tenaga tambahan kepada 1,700 isi rumah setahun," tambah JTC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >