Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JTC, Shell rancang bangun ladang suria di Pulau Semakau

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH ladang tenaga suria sebesar 112 padang bola sepak, antara yang terbesar di Singapura, sedang dirancang dibangunkan di Pulau Semakau.



Jika selesai dibina, saiz ladang itu akan menjadi lebih dua kali saiz ladang tenaga suria Kolam Air Tengeh yang diumumkan awal tahun ini, dan akan menjana lebih banyak tenaga.



Dengan kapasiti 72 megawatt-puncak (MWp), ladang yang dirancang di Semakau itu akan menjana tenaga yang cukup untuk memberi kuasa kepada sehingga 17, 500 isi rumah, lapor The Straits Times.



Konsep ladang itu masih dibincangkan, dengan Shell dan agensi pemerintah JTC Corporation menandatangani memorandum persefahaman (MOU) tidak terikat bagi usaha itu semalam.



Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyokong projek itu, yang boleh membawa Singapura lebih dekat kepada sasarannya untuk menjana tenaga suria yang cukup bagi memberi kuasa kepada 260,000 isi rumah menjelang 2025.



"Kerjasama berbilang agensi-korporat ini adalah pameran kreativiti dan kolaborasi baik yang penting bagi kejayaan dalam peralihan tenaga," kata Cik Aw Kah Peng, pengerusi Shell Companies di Singapura semasa majlis menandatangani MOU itu.



Semakau merupakan satu-satunya tapak pelupusan sampah yang masih beroperasi di Singapura, dan projek itu akan perlu dijalankan seiring dengan fungsi utama pulau itu.



Dengan ketersambungan dan prasarana terhad di pulau itu, akan terdapat cabaran yang perlu diatasi pihak berkepentingan.



Ini kali pertama projek tenaga suria berskala besar seperti itu diteroka dalam suasana tersebut.



Buat masa ini, kebanyakan projek tenaga suria Singapura lebih kecil saiznya dan diadakan di atas bumbung - di lebih 5,000 blok HDB - atau kawasan tanah perindustrian kosong.



Baru-baru ini, projek lain dibangunkan sebagai projek terapung, di mana panel suria dipasang atas air seperti kolam air.



Sebuah projek terapung luar pesisir di Selat Johor mempunyai kapasiti sekitar 5 MWp sementara kapasiti di Kolam Air Tengeh ialah 60 MWp.



Shell, JTC, EMA dan NEA berkata ladang Pulau Semakau itu akan membantu mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 37,000 tan setahun.



Lokasinya, sekitar 2 kilometer dari taman tenaga dan kimia Pulau Bukom Shell, juga akan menjadikannya lebih mudah untuk menyepadukan sumber tenaga boleh diperbaharui itu ke dalam operasinya.



Dalam jangka panjang, Shell berharap dapat mengubah tumpuan taman Bukomnya daripada produk berasaskan minyak mentah dan bahan api kepada rantaian nilai rendah karbon baru.



Ia berikrar mengurangkan pengeluaran karbon dioksidanya di Singapura sekitar sepertiga dalam sedekad, dan menjadi perniagaan tenaga pengeluaran sifar bersih menjelang 2050 sedang krisis iklim menjadi lebih mendesak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >