Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Juadah berbuka puasa untuk rakan sekerja dari Malaysia

Apr 29, 2021 | 05:30 AM



BERBUKA bersama keluarga tersayang selepas penat bekerja seharian, merupakan satu perkara yang sering dialu-alukan setiap mereka yang berpuasa.



Justeru, apabila melihat nasib rakan sekerjanya dari Malaysia yang terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk Ramadan kedua berturut-turut, terdetik di hati Encik Mohd Irwan Masop untuk bantu mengurangkan kepiluan tersebut.



Juadah berbuka puasa disediakan dan diagihkan kepada rakan-rakannya dari Malaysia yang masih terkandas di Singapura disebabkan Covid-19, dengan harapan ia dapat mengukir senyuman tatkala keadaan yang tidak mengizinkan ini berterusan.



"Melihat rakan-rakan saya bersedih setiap kali mereka membuat panggilan video dengan keluarga, bertanyakan khabar anak-anak mereka yang berada di seberang tambak, membuat saya sendiri rasa sedih dan turut bersimpati dengan nasib mereka.



"Saya tahu perasaan apabila tidak mempunyai keluarga di sisi kerana saya membesar sebagai seorang anak yatim dan tinggal di rumah tumpangan anak-anak yatim ketika itu.



"Jadi saya mahu ambil peluang ini untuk cuba membantu mereka sepanjang tempoh yang sukar ini dengan menyediakan juadah makanan yang saya masak sendiri," kata pekerja syarikat kawalan serangga itu di sebuah syarikat tempatan.



Baru-baru ini, Encik Irwan, 41 tahun, telah menyediakan masakan nasi beriani yang diberikan kepada sekitar 50 rakan sekerjanya yang terjejas.



Ia diberikan bukan sahaja kepada rakannya yang berpuasa, malah mereka yang beragama lain.



Melihat keceriaan pada wajah rakan-rakannya turut membuatnya berasa gembira dan bersyukur.



Usaha murni yang dibiayai sendiri ini bermula sejak sempadan antara Singapura dan Malaysia ditutup tahun lalu bagi mengelak penularan virus Covid-19.



Pada ketika itu, beliau juga akan menyediakan juadah hampir setiap hari untuk rakan sekerjanya dari Malaysia.



Bapa kepada dua orang anak berusia antara setahun dan 11 tahun itu berkata: "Alhamdulillah saya masih diberikan rezeki untuk bantu apa yang saya boleh lakukan."



Tahun ini, selain menyediakan juadah untuk rakan sekerjanya, Encik Irwan juga menaja jamuan bagi majlis Nuzul Al-Quran anjuran Darul Ajyal dan Services di mana beliau sedang mengikuti kursus Imam dan Muadzin.



Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri kian hampir, Encik Irwan sudahpun membuat rancangan untuk menyediakan juadah Hari Raya untuk rakan-rakan sekerjanya.



"Insya-Allah saya berharap apa yang saya lakukan ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan mereka di hari mulia itu nanti," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >