Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID BENCOOLEN

Jual set buku '25 Rasul' berserta sejadah pada $59 untuk bantu dana naik taraf

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



KERJA peningkatan bagi Masjid Bencoolen tetap berjalan lancar meskipun masjid ini masih lagi kekurangan dana yang diharapkan. Masjid bersejarah berusia 196 tahun yang dibina pada 1845 ini perlu diubah suai demi memenuhi keperluan masyarakat Islam setempat. Masjid Bencoolen masih memerlukan dana sebanyak $300,000 lagi bagi projek peningkatan ini.



Masjid yang terletak di 51 Bencoolen Street ini dalam proses diubah suai dan perlu membangunkan kemudahan lain seperti bilik darjah, lif dan sebagainya.



Ini bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah untuk beribadah serta memudahkan lagi warga senja menggunakan kemudahan di masjid yang terletak di kawasan berdekatan bandar ini. Biarpun sibuk dengan kerja peningkatan pada waktu ini, pembelajaran agama dan dakwah tetap diteruskan melalui wadah dalam talian.



Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, 56 tahun, berkata pada 2001, kawasan masjid dibangunkan semula sebagai sebuah pembangunan campuran blok komersial dan kompleks setinggi 12 tingkat.



Pembangunan semula masjid ini dibuka kepada umum pada Mei 2004 dan mampu memuatkan sehingga 1,100 jemaah untuk bersolat dalam, sebelum pandemik melanda.



Masjid Bencoolen terbaru dijangka siap pada suku kedua tahun ini.



"Masjid Bencoolen kini masih lagi dalam proses diubah suai, selari dengan keperluan dan tuntutan masyarakat Islam setempat.



"Daripada pihak masjid, kami memerlukan kemudahan lain seperti bilik darjah yang lebih besar dan kondusif, lif serta kemudahan lain setara dengan pemodenan serta pembaruan ketika ini.



"Ini bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah untuk beribadah serta memudahkan lagi warga emas kita menggunakan kemudahan masjid ini dengan lebih berkesan. Masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah kini ia memainkan peranan penting dalam mendekati masyarakat Islam setempat," jelas Encik Mohamed Rafeeq.



Beliau turut menjelaskan, banyak juga kegiatan yang dijalankan bagi pihak masjid, dan semuanya dilakukan secara dalam maya, dan tetap mendapat sambutan menggalakkan dari jemaah setempat.



"Demi menjaga keselamatan jemaah daripada dijangkiti Covid-19 yang sedang menular sekarang, kami mengadakan kelas pengajian Al-Quran, ceramah agama, kelas Madrasah menggunakan platform media sosial.



"Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan kerana masyarakat memahami keadaan pandemik sekarang.



"Pihak kami juga amat mengharapkan sumbangan dan sokongan orang ramai untuk kerja peningkatan masjid ini," kata Encik Mohamed Rafeeq lagi.



Sehubungan itu, masjid juga menjual kupon martabak amal berharga $10 setiap satu. Kupon ini boleh dibeli terus di pejabat Masjid Bencoolen.



Pihak masjid juga ada menyediakan pelbagai produk lain yang menarik untuk membantu pembangunan masjid, antaranya set buku 25 Rasul (dwibahasa) berserta sejadah berharga hanya $59.



Anda juga boleh mendapatkan Kitab Kumpulan Hadith berharga antara $75 dengan $95 setiap satu.



Masjid Bencoolen amat mengharapkan bantuan daripada masyarakat Islam setempat dalam usaha mengumpul dana yang masih lagi berkurangan.




CARA HULUR SUMBANGAN



Hulur derma anda hari ini dengan pemindahan wang kepada akaun bank OCBC yang bernombor 506-010925-001, atau lawati https://masjidbencoolen.org/donate.



Bagi urusan sumbangan melalui pembayaran cek, sila hantar cek atas nama 'Masjid Bencoolen' dan hantar ke alamat 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapura 189630.



Hubungi talian 6333-3016 bagi mendapatkan maklumat lanjut dan layari Facebook@ masjidbencoolen atau Youtube@ masjidbencoolenTV.



Layari https://masjidbencoolen.org/eshop/ untuk mendapatkan pelbagai produk jualan daripada Masjid Bencoolen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >