Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Jualan kereta EV baru di S’pura lebihi 20% pada Jul

Didahului BYD, Tesla dan BMW
Aug 31, 2023 | 06:33 PM



Pembeli kereta semakin terbuka kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV). Satu daripada lima kereta baru yang didaftarkan pada Julai adalah model berkuasa bateri.

Menurut perangkaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), 486 kereta elektrik baru telah didaftarkan pada Julai, menyumbang 20.4 peratus daripada 2,382 kereta penumpang di jalan raya pada bulan itu. Ini berbanding dengan 18.5 peratus pada Jun, dan 11.7 peratus pada akhir 2022.

Jumlah terkini membawa bahagian EV dalam tujuh bulan pertama 2023 kepada 15.2 peratus atau 2,378 kereta, lapor The Straits Times.


Dalam enam bulan pertama, bahagian EV ialah 14.3 peratus (1,892 kereta) - meningkat daripada 13.4 peratus (1,462 kereta) dalam tempoh Januari hingga Mei.

Kemajuan Julai diterajui oleh BYD, Tesla dan BMW. Dalam tujuh bulan tersebut, BYD, Tesla dan BMW masing-masing mendaftarkan 474, 451 dan 400 kereta untuk menjadi tiga jenama elektrik terlaris. Mercedes-Benz menyusul dengan 249 buah kereta dan Hyundai dengan 200 buah kereta.

Kedudukan mengikut kewarganegaraan, jenama EV Jerman mendahului dengan bahagian 36.2 peratus atau 861 kereta, diikuti oleh jenama China dengan 23.4 peratus atau 577 kereta, serta pengeluar Amerika Syarikat dengan 19 peratus atau 451 kereta.

Ini mungkin berubah.

Dr Zafar Momin, Profesor Madya di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura dan mantan pakar automotif di Kumpulan Perunding Boston berkata “China pada akhirnya akan menjadi pemimpin kerana mereka paling maju dalam pembangunan pasaran EV”.

“Jika Jepun berjaya mencipta bateri yang unggul, mereka secara perlahan tetapi pasti akan menjadi antara tiga teratas kerana mereka adalah pengeluar kereta pasaran massa yang terkemuka,” tambahnya.

Pemerhati berkata ketidakpastian mengenai status pelepasan cukai EV mungkin menyebabkan peningkatan pesat mendadak dalam pendaftaran model elektrik pada Julai.

Sebagai contoh, Insentif Penggunaan Awal Kenderaan Elektrik – yang memberikan rebat sebanyak 45 peratus daripada Yuran Pendaftaran Tambahan, berhad pada $20,000 – akan berakhir pada 31 Disember 2023. Rebat dalam Skim Pelepasan Kenderaan yang disemak belum dinyatakan lagi.

Namun, pemain industri menjangkakan pihak berkuasa akan mengurangkan insentif kewangan untuk menggalakkan penggunaan EV.

Sehingga April 2023, insentif untuk kenderaan komersial yang lebih bersih dikurangkan separuh kepada $15,000 bagi mereka yang memenuhi kriteria pelepasan Band A dan $5,000 bagi mereka yang memenuhi kriteria Band B.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >