Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan mega lebih 12,000 flat baru HDB bermula

Nov 17, 2015 | 12:31 PM



Lebih 12,000 flat baru HDB telah mula dijual pada Selasa (17 Nov) dalam jualan terbesar HDB sejauh ini.


Jumlah itu termasuk 7,061 flat Bina Ikut Tampahan (BTO) di Bidadari, Choa Chu Kang, Sengkang, Bukit Batok, Hougang dan Punggol.


Harga flat Bidadari bermula daripada $418,000 bagi flat empat bilik dan $534,000 bagi flat lima bilik, termasuk geran.


Lagi 5,350 unit ialah baki flat yang tidak terjual dalam tawaran sebelumnya. Kumpulan ini termasuk di kawasan seperti Ang Mo Kio, Bishan, Jurong Timur dan Woodlands.


Harga flat baki di estet matang ini, termasuk geran, bermula daripada $284,000 bagi flat empat bilik dan $338,000 bag flat lima bilik.


Turut diperkenal dalam jualan mega ini ialah skim flexi dua bilik baru, yang membolehkan penduduk warga tua memilih flat dua bilik dengan pajakan lebih pendek.


Ini menggabung dan menggantikan apartmen studio dan skim flat dua bilik.


Sebanyak 2,093 flat flexi dua bilik ditawarkan di Bidadari, Choa Chu Kang, Punggol dan Sengkang.


HDB berkata sekurang-kurangnya 40 peratus flat flexi dua bilik dalam sesebuah projek BTO, tertakluk pada had sekurang-kurangnya 100 unit, disediakan bagi pembeli berusia 55 dan ke atas.


Separuh daripada kuota itu akan disediakan bagi warga tua yang memohon unit dekat flat mereka sekarang atau flat anak mereka yang sudah berkahwin, di bawah Skim Keutamaan Warga Tua baru.


Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, berkata flat flexi dua bilik baru membentuk hampir 30 peratus bekalan flat BTO dan ditawarkan di lima daripada enam bandar dalam tawaran kali ini.


"Ini akan membantu memastikan pelbagai pilihan dan lokasi untuk memenuhi permintaan," kata beliau8 dalam laman Facebook pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >