Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan peranti mudah alih 2G bagi kegunaan tempatan dilarang mulai 1 Jan 2017

Dec 07, 2016 | 03:26 PM



PENJUALAN peranti mudah alih 2G sahaja untuk digunakan di Singapura tidak akan dibenarkan mulai 1 Jan 2017.



Penjualan alat-alat itu bagi eksport atau kegunaan di luar negara masih dibenarkan, kata Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) dalam satu kenyataan pada Rabu (7 Dis).



Peruncit dan pembekal peralatan yang melanggar syarat lesen itu boleh dikenakan denda.



Pada 1 April 2017, rangkaian 2G akan ditamatkan dan pengendali rangkaian mudah alih akan berhenti menyediakan perkhidmatan mudah alih 2G.



IMDA akan bekerjasama dengan tiga syarikat telekomunikasi - M1, Singtel dan StarHub - untuk memudahkan penghijrahan pengguna 2G ke 3G atau 4G, katanya.



Sebanyak 160,000, atau 2 peratus daripada talian mudah alih di Singapura masih berdasarkan perkhidmatan 2G, menurut angka yang dilaporkan pada November.



"Pelanggan telefon mudah alih 2G boleh menaik taraf peranti mereka dengan terus mengekalkan pelan dan harga semasa mereka tanpa kos langganan tambahan," kata IMDA.



Ia menasihatkan pengguna terjejas supaya menghubungi syarikat telekomunikasi untuk bantuan.



"IMDA amat menggalak pengguna dan perusahaan menggantikan peranti mudah alih 2G sahaja mereka dengan 3G atau peranti mudah alih berdaya 4G sebelum 1 April 2017 bagi mengelakkan gangguan kepada perkhidmatan mudah alih mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >