PASARAN perumahan privet di Singapura kelihatan kekal sebagai aset terjamin dalam situasi wabak yang menular dan keadaan yang dibayangi kemurungan ekonomi sedunia.
Pemaju hartanah menjual 975 rumah privet bulan lalu - jumlah kedua tertinggi bagi bulan itu dalam tempoh lapan tahun - berbanding 620 unit pada bulan sebelumnya.