Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan runcit S'pura naik 11.8% pada Jan

Mar 05, 2022 | 05:30 AM



JUALAN runcit di Singapura meningkat 11.8 peratus pada Januari tahun ini berbanding setahun lalu, yang merupakan kenaikan lima bulan berturut-turut.



Ia lebih baik daripada kenaikan 6.7 peratus pada Disember 2021.



Peningkatan prestasi jualan runcit pada Januari ini disebabkan oleh kenaikan perbelanjaan sebelum Tahun Baru Cina yang jatuh pada awal Februari tahun ini, menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Singapura (SingStat) semalam.



Berbanding setahun lalu, perbelanjaan sebelum Tahun Baru Cina pada 2021 sebahagian besarnya adalah pada bulan Februari kerana Tahun Baru Cina jatuh pada pertengahan Februari tahun lalu.



Penjualan runcit susut 2.5 peratus pada Januari ini berbanding bulan sebelumnya. Jumlah jualan runcit pada Januari tahun ini bernilai $4.2 bilion, dengan jualan dalam talian menyumbang 12.9 peratus.



Perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) naik 9.5 peratus pada Januari ini berbanding setahun lalu, dan mencatat jualan bernilai $829 juta.



Penjualan khidmat F&B jatuh 3.5 peratus pada Januari ini berbanding bulan sebelumnya, sebahagiannya disebabkan perbelanjaan yang lebih tinggi pada Disember 2021, berikutan pelonggaran sekatan bagi makan di luar pada akhir November 2021, kata Singstat.



Pertumbuhan dilaporkan di semua segmen F&B bagi Januari ini iaitu katerer makanan (47 peratus); restoran (13.1 peratus); kedai makanan segera (7.3 peratus); serta kafe, medan selera dan tempat makan lain (3.4 peratus).



Ahli ekonomi CIMB, Encik Song Seng Wun berkata bahawa angka Januari itu "tidak mengejutkan" kerana pertumbuhan pada Januari ini berbanding setahun lalu muncul di tengah-tengah perbelanjaan rendah tahun lepas, dan penjualan yang menurun pada Januari ini berbanding bulan sebelumnya dijangka selepas tempoh perayaan pada bulan Disember lalu.



"Dengan sekatan yang dilonggarkan dan aktiviti secara berkumpulan dimulakan semula, purata resit jualan harian juga meningkat," tambahnya.



Tanda positif juga dilihat di kebanyakan industri, dengan pertumbuhan jualan jam tangan dan barang kemas mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak 29 peratus, manakala gedung membeli-belah menduduki tempat kedua, meningkat 26 peratus pada Januari ini berbanding setahun lalu.



Jualan stesen khidmat petrol menyaksikan pertumbuhan 25.5 peratus, sebahagiannya disebabkan oleh harga minyak yang lebih tinggi, kata Singstat.



Penurunan hanya dilihat dalam jualan kenderaan bermotor serta barangan optik dan buku - masing-masing susut 12 peratus dan 5.5 peratus pada Januari ini berbanding setahun lalu.



Namun, kebanyakan kategori merakam penurunan dalam jualan pada Januari ini berbanding bulan Disember.



Ini kecuali barangan rekreasi, yang meningkat 2.9 peratus, manakala perabot dan kelengkapan rumah kekal tidak berubah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >