Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan tiket baru bagi perjalanan bas dan penerbangan VTL ke S'pura dibekukan dari 23 Dis hingga 20 Jan

Dec 22, 2021 | 02:56 PM



SYARIKAT penerbangan tidak lagi dibenarkan menjual tiket penerbangan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) baru untuk perjalanan ke Singapura dari Khamis (23 Dis) hingga 20 Jan, sedang negara ini mengetatkan sempadannya di tengah-tengah peningkatan jumlah kes import Covid-19.


Penggantungan jualan juga dikenakan ke atas mereka yang melakukan perjalanan menggunakan VTL darat Singapura-Malaysia.


Tetapi pengunjung yang layak yang telah membeli tiket lebih awal masih dibenarkan melakukan perjalanan melalui skim perjalanan bebas kuarantin itu.


Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan langkah sempadan baru itu pada Rabu (22 Dis).


Langkah itu - kemunduran terbesar dalam percubaan Singapura untuk membuka semula sempadannya setakat ini - dibuat sedang bilangan kes import mencecah paras tertinggi baru sejak kemunculan varian Omicron.


"Langkah sempadan kami akan membantu memberi masa untuk kami mengkaji dan memahami varian Omicron, dan untuk mengukuhkan pertahanan kami, termasuk meningkatkan kapasiti penjagaan kesihatan kami, dan memastikan lebih ramai orang divaksin dan menerima dos penggalak," kata kementerian itu.


Pihak berkuasa juga akan mengurangkan sementara kuota VTL dan penjualan tiket untuk perjalanan selepas 20 Januari, dalam satu lagi langkah untuk mengehadkan pendedahan kepada kes Omicron yang diimport.


Skim VTL membenarkan pengunjung yang telah divaksin sepenuhnya dari negara tertentu memasuki Singapura tanpa perlu menjalani kuarantin. Ini memudahkan perjalanan bebas kuarantin ke negara-negara yang sebelum ini telah membuka sempadan kepada Singapura.


PenguasanPenerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata ia akan mengehadkan jumlah jualan tiket penerbangan VTL ke Singapura pada 50 peratus daripada kuota yang diperuntukkan mulai 21 Januari.


Langkah berjaga-jaga tambahan juga akan dilaksanakan untuk melindungi masyarakat penerbangan, tambahnya.


Hingga Isnin, sebanyak 71 kes Omicron yang disahkan dikesan di Singapura, dengan 65 kes import dan enam kes masyarakat. MOH berkata memandangkan kadar berjangkit Omicron yang tinggi dan penyebarannya ke banyak bahagian dunia, Singapura seharusnya menjangkakan untuk menemui lebih banyak kes Omicron di sempadan kita dan juga dalam masyarakat kita.


Di seluruh dunia, beberapa negara telah mengetatkan kedua-dua sekatan sempadan dan tempatan dalam menghadapi varian Omicron.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >