JUARA maraton Sukan SEA dua kali, Soh Rui Yong telah menolak melalui peguamnya tawaran Persatuan Atletik Singapura (SA) untuk menyelesaikan perselisihan antara mereka, menyusuli keputusan tidak memilih Soh bagi temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.
Soh telah mengirimkan surat peguam kepada persatuan sukan kebangsaan itu pada 7 Ogos susulan kenyataan SA selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Singapura (SNOC) menolak pencalonan Soh oleh badan atletik negara itu bagi sukan dwitahunan tersebut.