Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Judi dalam talian: Putusan Pemerintah berdasarkan pendapat, kata badan gereja

Oct 20, 2016 | 09:58 AM



PEMERINTAH telah menemui Majlis Gereja Kebangsaan Singapura (NCCS), berikutan kenyataan oleh badan agama itu yang menggesa pihak berkuasa mengkaji semula keputusan membenarkan dua pengendali menawarkan judi dalam talian.



Selepas pertemuan itu, majlis tersebut, yang mewakili lebih 250 gereja di Singapura, berkata pada Rabu (19 Okt) ia kini menerima bahawa keputusan Pemerintah itu ialah satu "keputusan berdasarkan pendapat".



Dalam satu kenyataan baru kepada ahlinya, NCCS berkata: "Memandangkan data landskap judi jarak jauh semasa, Pemerintah berasa ini pendekatan terbaik untuk mengurangkan tindakan melakukan kegiatan judi jarak jauh secara sulit dan memburukkan lagi kebimbangan undang-undang dan ketenteraman.



"Pemerintah mengakui kebimbangan mendalam majlis ini tentang kesan sosial negatif membenarkan dua platform judi jarak jauh, dan akan sentiasa memantau kesan keseluruhannya."



Majlis itu mengeluarkan satu kenyataan awal dua minggu lalu bagi menyatakan ia "mendapati sukar" untuk menerima rasional Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) bahawa larangan penuh hanya akan membuat judi jarak jauh dijalankan secara sulit, sekali gus menjadikannya lebih sukar dikesan.



Itu "tidak boleh menjadi pilihan terbaik bagi Singapura", kata NCCS.



Menyusuli itu, wakilnya mengadakan "perbincangan bersemuka berterus terang dan penting" dengan MHA dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, menurut majlis itu.



Ia berkata Pemerintah "bersedia secara proaktif mengukuhkan persekitaran keluarga dan sosial untuk mencegah dan mengurangkan kesan buruk perjudian dalam talian".



Pemerintah mencadangkan akan bertemu pemimpin NCCS dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang "untuk membangunkan ini lebih lanjut".



Bulan lalu, MHA memberi lampu hijau untuk Singapore Pools dan Singapore Turf Club mengendalikan judi dalam talian. Dua pertubuhan itu masing-masing akan melaksanakannya pada 25 Okt dan 15 Nov.



NCCS dalam kenyataan awalnya berkata Pemerintah telah menghantar "isyarat mengelirukan dan bercanggah" kerana dua tahun lalu ia meluluskan Akta Perjudian Jarak Jauh yang melarang perjudian melalui telefon dan dalam talian.



Pada Rabu, majlis itu berkata dalam pertemuan tersebut Pemerintah menjelaskan itu tidak benar kerana apabila Akta tersebut diluluskan pada 2014, pihak berkuasa berkata beberapa pengecualian akan diberi kerana mereka tidak fikir larangan penuh akan berkesan.



Dalam pertemuan itu, Pemerintah menegaskan bahawa membenarkan pengendali menyediakan judi dalam talian di bawah kawalan ketat adalah pendekatan terbaik untuk mengawal sembarang kesan sosial buruk - satu kesimpulan berdasarkan penilaiannya terhadap senario yang mungkin.



Tetapi majlis itu berkata ia masih mempunyai keraguan mengenai kesimpulan itu, kerana fabrik keluarga dan masyarakat Singapura "pada masa ini tidak cukup kuat" untuk menyediakan perlindungan daripada perjudian bermasalah.



Ia berkata ia akan melancarkan beberapa langkah penting untuk menangani kesan buruk judi dalam talian.



Langkah pertama ialah membentuk sebuah pasukan petugas untuk meneroka cara mengukuhkan fabrik keluarga dan sosial Singapura; menjaga penjudi bermasalah di dalam dan luar jemaah mereka; dan bekerjasama dengan Gereja Roman Katolik, masyarakat agama lain dan Pemerintah dalam hal ini.



Kedua ialah menerbitkan risalah mengenai judi "yang boleh diletak dalam tangan setiap ahli gereja dan boleh digunakan sebagai asas untuk pengajaran dan perbincangan mengenai perkara itu".



Akhir sekali, majlis itu berharap dapat memantau keadaan judi dalam talian dengan teliti dan memberi maklum balas kepada pihak berkuasa dengan bantuan gereja anggotanya.



Pemimpin Islam juga telah mengingatkan masyarakat tentang gejala judi - termasuk judi dalam talian, yang menurut mereka dilarang dengan tegas dalam Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >