Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Judi online: Tujuh diberkas

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



TUJUH orang diberkas pada minggu lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan judi online secara haram, menurut polis semalam.



Empat wanita dan tiga lelaki, yang berusia antara 43 dengan 71 tahun, diberkas dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (CID) pada 9 dan 10 Disember.



Dua lagi lelaki yang berusia 74 dan 75 tahun turut disiasat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian haram, menurut polis.



Kesemua individu itu dipercayai "bertindak sebagai ejen bagi aktiviti judi online secara haram" dan mereka akan disiasat bagi kesalahan di bawah Akta Perjudian Online 2014, menurut polis.



Semasa operasi itu dilancarkan, yang menyasarkan aktiviti perjudian sindiket, pihak berkuasa turut merampas wang tunai lebih daripada $170,000 serta pelbagai perkakas berkaitan perjudian.



Siasatan polis sedang dijalankan.



Jika didapati bersalah kerana membantu untuk menyediakan khidmat perjudian online secara haram atau menganjurkan, menguruskan atau menyelia perjudian sedemikian, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang dari $20,000 dan tidak lebih dari $200,000 dan/atau hukuman penjara sehingga lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >