Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah basikal khidmat perkongsian tidak akan terjejas dengan keluarnya pemain terbesar

Aug 13, 2019 | 01:51 PM



PENGGUNA basikal kongsi boleh terus menggunakan basikal dari syarikat perkongsian basikal, Mobike, meski setelah syarikat tersebut meninggalkan pasaran Singapura. 



Syarikat pemula (start up) tempatan, SG Bike, telah menandatangani perjanjian $2.54 juta untuk mengambil alih lesen Mobike untuk mengendalikan 25,000 basikal kongsi, sekaligus akan membuat ia menjadi operator terbesar di Singapura.



Perjanjian tersebut, jika diluluskan oleh  Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dijangka akan membenarkan pengguna membuka kunci pada basikal Mobike dengan menggunakan aplikasi SG Bike menjelang 13 September.



Pada masa ini, Mobike merupakan firma perkongsian basikal yang terbesar di antara empat firma perkongsian basikal di Singapura. 



SG Bike mempunyai lesen untuk mengendalikan 3,000 basikal sementara syarikat pemula tempatan, Anywheel, dibenarkan mengendalikan 10,000 basikal.



Moov Mobility pula merupakan firma paling kecil dengan lesen yang membenarkannya mengendalikan 1,000 basikal sahaja.



Jika perjanjian Mobike-SG Bike diluluskan, jumlah keseluruhan basikal kongsi di Singapura akan kekal pada 39,000.



Dalam satu kenyataan semalam, kededua operator basikal kongsi itu berkata mereka telah mengemukakan permohonan mereka kepada LTA untuk meluluskan pemindahan lesen Mobike. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >