Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah denggi lebihi 9,000, naik tiga minggu turut-turut

Jul 05, 2016 | 11:25 AM



KES denggi tahun ini mencapai 9,000 apabila jumlah mingguannya bertambah sekali lagi, mengikut statistik terkini laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Jumlah kes baru minggu lalu meningkat kepada 235, bertambah 20 kes berbanding minggu sebelumnya. Ia minggu ketiga berturut-turut kes baru denggi meningkat.



Selain itu sebanyak 29 kes lagi dilaporkan dari Ahad (3 Julai) hingga 3 petang pada Isnin (4 Julai).



Pada keseluruhannya, 9,174 kes virus bawaan nyamuk itu dilaporkan tahun ini.



Minggu lepas, NEA memberi amaran bahawa ia menjangka lebih banyak kes pada bulan mendatang.



Ia juga berkata jumlah kes yang direkod setakat ini lebih dua kali ganda angka tahun lalu dalam tempoh sama.



"Data Gravitrap NEA menunjukkan peningkatan stabil populasi nyamuk Aedes aegypti dalam tempoh dua bulan lalu," kata agensi itu dalam laman webnya.



"Sejak April, kami perhatikan 50 peratus lebih banyak nyamuk terperangkap dalam Gravitraps yang dipasang di seluruh pulau. Ini menunjukkan banyaknya vektor nyamuk dalam masyarakat kita."



Sehingga Isnin, terdapat 36 kelompok denggi aktif, dengan tujuh diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.



Satu kelompok baru di Sembawang adalah yang paling berisika, dengan 42 kes denggi kesemuanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >